Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  Kumpulan utusan        Hubungi Kami              Jom Iklan!              Arkib Berita






KORPORAT

Unjuran perolehan MM Wallet RM100 juta

Unjuran perolehan MM Wallet RM100 juta

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN


KUALA LUMPUR 19 Jun - Mobile Money International (MM) Sdn. Bhd., penyedia perkhidmatan pembayaran mudah alih, menyasarkan perolehan sebanyak RM100 juta dalam tempoh setahun melalui pengenalan produk MM Wallet yang akan dilancarkan esok.

Pengarah Urusannya, Lee Eng Sia berkata, sasaran itu mampu dicapai kerana MM Wallet menyediakan kemudahan pemindahan wang tunai bagi semua pengguna telefon bimbit di negara ini.

Katanya, MM Wallet dijangka mampu menarik seramai satu juta pengguna sehingga akhir tahun ini.

“Produk MM Wallet ini dibangunkan untuk memberi perkhidmatan kepada semua pengguna telefon bimbit, selagi mereka menggunakan alat komunikasi ini, mereka boleh memindahkan wang tunai kepada sesiapa sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan taklimat kepada media mengenai produk terbaru itu di sini hari ini.

MM Wallet adalah perkhidmatan pemindahan wang tunai melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS), produk pertama seumpamanya di dunia, dakwa Eng Sia.

Katanya, produk yang dibangunkan sejak tiga tahun lalu membolehkan orang ramai membuat pemindahan wang tunai kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira masa atau tempat.

Perkhidmatan lain yang ditawarkan ialah membuat nilai tambah telefon bimbit dan pembayaran bil Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Tambahnya, syarikat itu kini sedang mengadakan perbincangan dengan Tenaga Nasional Bhd. (TNB) dan beberapa syarikat telekomunikasi lain untuk menawarkan perkhidmatan tersebut.

“Kita telah berjaya membuktikan perkhidmatan ini berjaya di Sarawak apabila semua pihak berkuasa tempatan menggunakan perkhidmatan ini,’’ ujarnya.

Mengulas keselamatan penggunaan MM Wallet, Eng Sia berkata, produk itu mempunyai kandungan ciri keselamatan yang tinggi dan ia mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia.

Katanya, para pengguna telefon bimbit boleh mendapatkan perkhidmatan itu melalui 10,000 pusat tambah nilai MM di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Mereka juga boleh menjadi pemegang kad kredit mudah alih Hong Leong Bank dan kad bank mudah alih Bumiputra Commerce Bhd., tambahnya.

IKLAN@UTUSAN


IKLAN@UTUSAN


Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:30
Asar 4:50
Maghrib 7:29
Isyak 8:40
 

BANCIAN

IKLAN Teks

IKLAN@UTUSAN