|
Mobile Money sasar sejuta pengguna
Mobile Money sasar sejuta pengguna
PETALING JAYA 24 Jan. - Mobile Money International Sdn. Bhd. (Mobile Money), penyedia perkhidmatan pembayaran mudah alih, menyasarkan peningkatan penggunanya kepada sejuta daripada 10,000 pengguna sekarang ini menjelang akhir tahun ini.
Pengarah Urusannya, Lee Eng Sia berkata, syarikat itu akan menggunakan pendekatan inovatif untuk merealisasikan sasaran satu juta pengguna itu.
``Kami menggunakan idea baru. Ia bukan cara tradisi. Ia merupakan penemuan idea baru yang kami akan lancarkan esok,'' katanya pada sidang media selepas majlis memeterai kerjasama antara ahli-ahli Persatuan Rangkaian Peruncit Malaysia di sini hari ini.
Perkhidmatan pembayaran wang mudah alih yang diperkenalkan Oktober lepas, membolehkan telefon mudah alih berfungsi seperti kad kredit dan ia membolehkan pengguna membayar dari mana sahaja.
|