Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  Kumpulan utusan        Hubungi Kami              Jom Iklan!              Arkib Berita






LUAR NEGARA

Pembangkang tumbangkan PM Kanada

Pembangkang tumbangkan PM Kanada

TORONTO 29 Nov. - Kerajaan Perdana Menteri Kanada, Paul Martin tumbang malam tadi berikutan pergolakan politik berbulan-bulan apabila tiga parti pembangkang bersepakat untuk menjatuhkan beliau menerusi pengundian usul tidak percaya di House of Commons (Dewan Rendah).

Parti Liberal berhaluan tengah-kiri pimpinan Martin dihantui skandal rasuah.

Beliau akan menghadapi pengundi dalam pilihan raya yang dijangka berlangsung pada Januari depan dan boleh menamatkan pemerintahan Parti Liberal selama 12 tahun di Kanada.

Pilihan raya itu bakal diadakan selepas tempoh berkempen sepanjang percutian musim Krismas.

Selepas tewas dalam pengundian di Parlimen, Martin yang nampak optimis memberikan kata-kata perangsang kepada ahli Parlimen Liberal sebelum mereka pulang ke kawasan Parlimen masing-masing `untuk diberi kasut salji.'

``Keputusan mengenai masa depan kerajaan kita akan dibuat oleh rakyat Kanada. Mereka akan mengadili kita dan menilai prestasi kita,'' kata Martin kepada ahli Liberal. - Agensi

IKLAN@UTUSAN


IKLAN@UTUSAN


Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:30
Asar 4:50
Maghrib 7:29
Isyak 8:40
 

BANCIAN

IKLAN Teks

IKLAN@UTUSAN