Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  Kumpulan utusan        Hubungi Kami              Jom Iklan!              Arkib Berita






MEGABAIT

Mobile Money pembayaran melalui telefon

Mobile Money pembayaran melalui telefon

Oleh: NOOR FAZRINA NOOR KAMAL

HONG LEONG Bank Berhad (HLB) baru-baru ini menandatangani perjanjian dengan Mobile Money International Sdn Bhd (Mobile Money) bagi satu produk pembayaran terkini yang dinamakan The Hong Leong Mobile Credit Card.

Dengan kerjasama ini, pelanggan HLB boleh menggunakan telefon bimbit untuk melakukan segala transaksi seperti pembelian barangan mahupun perkhidmatan dengan lebih mudah serta menjimatkan masa dan kos.

`Mobile Money', merupakan penyelesaian pembayaran yang membolehkan pelanggan dengan telefon bimbit melakukan transaksi menggunakan Nombor Identifikasi Peribadi (PIN) yang dihantar oleh pihak bank melalui Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) untuk melakukan transaksi harian seperti pembelian barangan atau perkhidmatan.

Tambahan lagi, selepas selesai sesuatu transaksi, satu SMS akan diterima oleh pelanggan dan pihak bank bagi memastikan transaksi tersebut telah berjaya dilakukan.

Pengarah Urusan Bahagian Perkhidmatan Kad HLB, Tham Kah Fook berkata, segala pembayaran dibuat menerusi telefon bimbit dan PIN keselamatan tersebut akan dicaj kepada akaun pelanggan.

``Sistem ini direka penuh dengan ciri keselamatan demi memastikan hanya transaksi `tulen' yang dibenarkan,'' katanya pada majlis menandatangani perjanjian antara HLB dan Mobile Money di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Tham, buat masa ini segala transaksi akan dicajkan melalui kad kredit pelanggan dan dalam fasa kedua menerusi akaun simpanan serta akaun cek.

Pada masa akan datang, Malaysia akan dilengkapi dengan segala kemudahan pembayaran tanpa perlu menggunakan wang tunai, kad kredit, buku cek, ataupun melalui talian Internet.

Namun, tanggapan orang ramai tentang keupayaan sistem ini serta ciri-ciri keselamatannya sering menjadi persoalan utama.

Menyedari hakikat ini, `Mobile Money' menekankan ciri keselamatan yang amat dititik beratkan dalam proses ini dan atas kesedaran itu mereka menyediakan sembilan peringkat keselamatan untuk mengurangkan risiko `pencerobohan'.

Pengarah Urusan Mobile Money, Lee Eng Sia pula berkata, sistem ini amat selamat kerana menggunakan `sistem lingkaran tertutup' close loop system.

``Teknologi ini yang pertama seumpamanya di dunia, ia menggabungkan teknologi telekomunikasi terkini dengan teknologi maklumat IT) dan ditambah dengan inovasi dari sektor perbankan.

Pelanggan yang melakukan transaksi juga akan merasai `rebet segera' dan e-cash yang telah terkumpul tersebut boleh digunakan untuk membuat apa jua transaksi di mana-mana kedai cawangan `Mobile Money'.

Dalam majlis tersebut, HLB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif bahagian Perkhidmatan Kewangan, Peter England, Pengarah Urusan Kumpulan HLB, Yvonne Chia manakala Mobile Money diwakili oleh Pengarah Urusannya, Lee Eng Sia.

IKLAN@UTUSAN


IKLAN@UTUSAN


Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:30
Asar 4:50
Maghrib 7:29
Isyak 8:40
 

BANCIAN

IKLAN Teks

IKLAN@UTUSAN