Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  Kumpulan utusan        Hubungi Kami              Jom Iklan!              Arkib Berita






LUAR NEGARA

Wolfowitz Presiden Bank Dunia

Wolfowitz Presiden Bank Dunia

WASHINGTON 1 April - Bank Dunia semalam melantik Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Paul Wolfowitz sebagai Presidennya yang akan datang sekalipun ideologi `neokonservatif' beliau serta keghairahannya mempromosikan perang di Iraq menimbulkan kecurigaan banyak pihak.

Lembaga Bank Dunia yang dikuasai oleh AS, Eropah dan Jepun secara sebulat suara bersetuju untuk melantik tokoh kontroversi itu sebagai pengganti James Wolfensohn, 71.

Wolfowitz, 61, yang juga bekas Duta AS ke Indonesia dan pegawai Jabatan Negara, berjanji untuk meneruskan `misi mulia' Bank Dunia bagi membasmi kemiskinan apabila beliau menggantikan Wolfensohn pada 1 Jun ini.

Sungguhpun aktivis meneruskan bantahan terhadap pencalonan beliau untuk jawatan itu, Presiden George W. Bush bertekad untuk bekerjasama dengan Wolfowitz.

Wolfowitz akan menjadi Presiden Bank Dunia yang ke-10 dan paling banyak mencetuskan kontroversi sejak pelantikan Robert McNamara (1968-1981), arkitek Perang Vietnam selaku Setiausaha Pertahanan AS.

Sementara itu, Bush semalam telah memilih Setiausaha Tentera Laut, Gordon England sebagai calon beliau untuk mengisi jawatan Timbalan Setiausaha Pertahanan bagi menggantikan Wolfowitz.

England, 67, merupakan orang kepercayaan Setiausaha Pertahanan, Donald Rumsfeld.

Beliau telah diberi beberapa tugas penting oleh Rumsfeld termasuk menyelia usaha mengkaji semula status ratusan suspek keganasan yang ditahan di pangkalan tentera laut AS di Teluk Guantanamo, Cuba bagi menentukan sama ada mereka patut dibebaskan. - Agensi

IKLAN@UTUSAN


IKLAN@UTUSAN


Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:30
Asar 4:50
Maghrib 7:29
Isyak 8:40
 

BANCIAN

IKLAN Teks

IKLAN@UTUSAN