Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  Kumpulan utusan        Hubungi Kami              Jom Iklan!              Arkib Berita






MUKA HADAPAN

Kemelut ekonomi: Anwar tolak tanggapan Barat

Kemelut ekonomi: Anwar tolak tanggapan Barat

BUKIT MERTAJAM 1 Feb. - Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak tanggapan sesetengah pemerhati Barat bahawa kemelut ekonomi dan krisis mata wang di negara-negara Asia disebabkan oleh pengurusan yang lembap, rasuah dan pelbagai gejala negatif lain.

Timbalan Perdana Menteri berkata, mereka memberi gambaran seolah-olah ekonomi terjejas kerana pengurusan yang lembap, gejala rasuah dan pertimbangan semata-mata untuk suku sakat serta kepentingan sahabat handai dan keluarga.

''Saya menolak tanggapan Barat ini yang hanya merujuk perkara ini khusus kepada negara-negara Timur seolah-olah gejala negatif ini hanya terpalit di kalangan negara-negara sebelah sini sahaja manakala Barat terlepas dari gejala rasuah dan kepincangan sosial ini.

''Sekiranya mereka ada satu tekad bersama terhadap masyarakat dunia, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang mempertikaikan hal ini perlu melakukan sesuatu dengan tegas dan berani,'' katanya.

Beliau membuat kenyataan tersebut pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di rumahnya di Ceruk Tok Kun dekat sini, hari ini.

Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Hamdan Sheikh Tahir; Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mohd. Shariff Omar serta ahli-ahli Exco kerajaan negeri turut hadir pada majlis tersebut.

Anwar juga berkata, walaupun perubahan dan pembaharuan harus dilakukan di negara-negara membangun di Asia seperti Malaysia, Barat tidak harus melindungi kepentingan keluarga dan suku sakat mereka sahaja.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kepincangan dan ketidakadilan juga berlaku di Barat dan salah satunya ialah ketidakadilan sistem perdagangan dunia.

''Sistem perdagangan dunia memberi kepentingan kepada negara-negara kaya dan negara-negara industri dan pada masa yang sama menggunakan institusi antarabangsa mempertahankan kepentingan mereka,'' katanya lagi yang menganggap dakwaan yang dibuat amat kritkal.

Tambah beliau, rantau ini harus membuat perubahan dan pembaharuan yang mematangkan negara menerusi pengurusan yang telus, teratur serta usaha membanteras rasuah yang lebih berkesan.

''Kita mendukung terhadap usaha-usaha pembaharuan ini dan kita tidak harus negatif atau takut kalau kita harus menggesa agar bersama-sama merangsang ke arah perubahan dan pembaharuan ini,'' katanya.

Bagi keadilan dunia sejagat, Anwar berkata, tidak harus ada negara yang menganggap mereka paling cekap atau berwibawa, malah semua negara harus berkembang dan matang.

Sementara itu, mengenai usaha kerjasama memulihkan kegatawan ekonomi di Asia, Anwar berkata, beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad akan mengadakan lawatan singkat ke beberapa negara jiran termasuk Jepun, Taipei, Singapura, Filipina dan Thailand.

''Kita juga telah hubungi rakan-rakan sejawatan kita di Hong Kong, China dan Amerika Syarikat bagi mengambil langkah-langkah tambahan secara menyeluruh dan berkesan yang harus kita ambil untuk memulihkan ekonomi di rantau ini.

''Saya sendiri akan mengadakan lawatan peribadi (bukan rasmi) ke Taipei untuk menjalankan usaha kerjasama,'' katanya sambil memberitahu bahawa hasrat Malaysia untuk menyumbang RM1 bilion kepada Indonesia tetap akan ditunaikan.

Anwar memberitahu bahawa, kerajaan tidak akan memohon pertolongan yang khusus untuk Malaysia tetapi akan adakan satu pendekatan bersama di peringkat serantau dan melaksanakan langkah-langkah tambahan secara menyeluruh bagi memulihkan ekonomi di rantau ini.

Oleh: ABDULLAH HAMID

IKLAN@UTUSAN


IKLAN@UTUSAN


Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:30
Asar 4:50
Maghrib 7:29
Isyak 8:40
 

BANCIAN

IKLAN Teks

IKLAN@UTUSAN