Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  Kumpulan utusan        Hubungi Kami              Jom Iklan!              Arkib Berita






DALAM NEGERI

Media massa diberi kebebasan

Media massa diberi kebebasan


DR. MAHATHIR tiba di ibu pejabat Multimedia Development Corporation (MDC) di Siberjaya semalam untuk mengadakan mesyuarat mengenai kemajuan projek Koridor Raya Multimedia (MSC).

CYBERJAYA 19 Jan. - Perdana Menteri berkata kebebasan diberikan kepada media massa dalam membuat laporan, sekalipun ia menonjolkan aspek negatif seperti yang sering diamalkan media asing.

Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, media asing misalnya kerap menonjolkan aspek negatif apabila melaporkan sesuatu ucapannya.

''Mereka sering menonjolkan aspek negatif daripada ucapan saya. Kita beri kebebasan...,'' katanya ketika menjawab satu soalan wakil media asing, selepas mempengerusi mesyuarat Majlis Pelaksanaan Koridor Raya Multimedia (MSC) di sini.

Perdana Menteri juga berkata kerajaan membenarkan media membuat spekulasi mengenai sesuatu perkara, jika itulah yang akan meningkatkan jualan serta menambahkan pembaca akhbar mereka.

Ketika diminta penjelasan oleh media asing mengenai ramalan pilihan raya umum mengejut oleh Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang, Dr. Mahathir berkata: ''Awak boleh bertanya sendiri kepada (Lim) Kit Siang.''

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP itu kelmarin bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) mungkin merancang untuk mengadakan pilihan raya umum secara mengejut.

Menurut Lim, beliau merasakan pilihan umum akan diadakan sebelum Sukan Komanwel pada September dan Sidang Kemuncak Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada November ini, dan tidak selepas itu.

Beliau membuat ramalan itu berdasarkan kepada kenyataan Perdana Menteri dalam program Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 baru-baru ini yang melahirkan keyakinan bahawa ekonomi Malaysia akan pulih dalam tempoh enam bulan hingga ke setahun.

Lim dilaporkan berkata, beliau keliru kenapa Dr. Mahathir secara tiba-tiba membuat kenyataan ekonomi negara akan pulih dalam tempoh enam bulan hingga setahun, ketika nilai ringgit dan pasaran saham mengalami kejatuhan teruk.

''Pihak media bebas untuk membuat ramalan mengenainya jika ia boleh melariskan jualan akhbar atau menarik lebih ramai pembaca,'' kata Dr. Mahathir secara berseloroh.

IKLAN@UTUSAN


IKLAN@UTUSAN


Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:30
Asar 4:50
Maghrib 7:29
Isyak 8:40
 

BANCIAN

IKLAN Teks

IKLAN@UTUSAN