Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  Kumpulan utusan        Hubungi Kami              Jom Iklan!              Arkib Berita






DALAM NEGERI

Pengarah Urusan IMF dipelawa lawat Malaysia

Pengarah Urusan IMF dipelawa lawat Malaysia

KUALA LUMPUR 9 Jan. _ Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengundang Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Michel Camdessus melawat negara ini minggu depan bagi membincangkan masalah ekonomi yang sedang melanda rantau ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Camdessus akan mengadakan lawatan ke Indonesia, Korea, Singapura dan Thailand minggu depan dan kesempatan itu akan digunakan oleh Malaysia untuk bertukar-tukar pandangan berhubung isu berkenaan.

''Kehadirannya di sini merupakan satu kelebihan kerana beliau (Pengarah Urusan IMF) akan dapat melihat sendiri masalah ekonomi yang melanda rantau ini terutama di Indonesia dari dalam.

''Dari situ kita dapat melihat pandangannya serta langkah-langkah proaktif yang sesuai untuk kita ambil,'' kata beliau pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 1998 di Kementerian Kewangan hari ini.

IKLAN@UTUSAN


IKLAN@UTUSAN


Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:30
Asar 4:50
Maghrib 7:29
Isyak 8:40
 

BANCIAN

IKLAN Teks

IKLAN@UTUSAN