Home

produk3.gif (5952 bytes)

MegabaitXerox Acolor versatile, fotostat dan pengimbas

Syarikat industri automasi dan dokumen Fuji Xerox Malaysia (FXM) melancarkan produk baru yang berkualiti tinggi untuk kegunaan pejabat iaitu mesin fotostat model Acolor 620. Produk tersebut bukan sahaja sebagai sebuah mesin fotostat, malahan mampu bertindak sebagai pencetak dan pengimbas (scanner) sekali gus.Naib Presiden FMX, Alan Jenkins berkata, sekarang dengan tambahan bayaran sebanyak RM1 bila membeli produk tersebut, pelanggan mampu mendapat perkhidmatan rangkaian pencetak.ÒXerox Acolor 620 boleh meningkat produktiviti, kerana ia boleh meneruskan membuat salinan sekalipun pelanggan sedang memprogramkan kerja lain.ÒDan ia juga merupakan produk yang mampu digunakan oleh pelanggan, direka dan dibina untuk menjimatkan kos yang disebabkan oleh tindakan ÔoutsourceÕ,ÕÕ katanya.Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran produk mesin fotostat model Acolor 620 tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.Tambah beliau, dengan teknologi digital terbaru termasuk keupayaan rangkaian fleksibel, produk tersebut mampu mencetak sehingga 360 salinan warna sejam dan 24 salinan hitam putih seminit.ÒSementara itu, setiap salinan berwarna mampu mengeluarkan hasil yang seakan-akan sama dengan salinan asal. ÒIni akan memberikan banyak kebaikan kepada syarikat kerana kemampuan Acolor 620 yang hebat untuk produk katalog, pengiklanan dan dokumen telah terbukti,ÕÕ ujarnya.Sementara itu, Pengurus Besar Pemasaran FXM, Takahiro Ohara berkata, ia adalah produk yang ditunggu-tunggu oleh pelanggan memandangkan keupayaannya yang hebat selain menjimatkan, juga meningkatkan produktiviti.ÒProduk baru kami itu didatangkan juga dengan ciri-ciri termaju termasuk pengesan automatik yang mampu mengenalpasti dan mengeluarkan salinan warna dan hitan putih berkualiti tinggi. ÒProduk Acolor 620 tersebut juga menyediakan suasana yang intensif kepada para pengguna seperti seni grafik dan pencetak cepat,ÕÕ katanya.Beliau menambah, produk Acolor 620 tersebut juga berkebolehan mengesan dan salinan warna dan hitam putih serta saiz kertasyang digunakan secara automatik.Pihaknya mengharapkan jualan Xerox Acolor 620 tersebut akan mencapai angka sehingga 100 unit sehingga akhir tahun ini, tambahnya. Harga yang dicadangkan oleh FXM untuk produk Xerox Acolor 620 tersebut ialah sebanyak RM100,000.

 

Cybersphere | Massa | Megabait | Utusan Online | Support Central | Mimos

Copyright ©1997 Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. All Right Reserved.
Tel no : 603-7555577 Fax no : 603-7542743