Home

produk2.gif (3533 bytes)

Megabait DVD terbaru Sharp mempunyai pelbagai fungsi

Pengeluar peralatan elektronik terkemuka, Sharp melancarkan pemain cakera video digital (DVD) berkembar model DV-880W yang didalamnya mempunyai pelbagai fungsi iaitu mampu memainkan cakera DVD, cakera padat (CD), cakera padat video (VCD) dan karaoke.Pengarah Urusan Sharp-Roxy Sales & Services Co. (M) Sdn. Bhd., Masatohi Fujiki berkata, pasaran pemain VCD dan DVD dijangka meningkat tahun ini memandangkan pertambahan bilangan filem-filem di pasaran.``Sharp memperkenalkan DVD dua fungsi ini sebagai memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan satu pemain boleh memainkan pelbagai filem yang kadangkala didatangkan dalam dua bentuk DVD atau VCD,ÕÕ katanya pada majlis pelancaran produk tersebut di sini, baru-baru ini.Dalam tempoh tiga bulan pertama tahun lepas, kira-kira 25,000 unit pemain VCD telah berjaya di jual di negara ini dan dalam tempoh yang sama tahun ini, sebanyak 30,000 unit telah dijual.Berdasarkan jumlah keseluruhan 100,000 unit pemain VCD yang terjual tahun lepas, adalah dijangka kira-kira 145,000 unit VCD pelbagai jenis akan mampu dijual tahun ini.Mengenai DVD pula, sepanjang tahun 1997 sebanyak 14,000 unit pemain DVD dijual di negara ini dan Sharp menjangka sebanyak 40,000 unit DVD akan terjual di rantau ini.Fujiki berkata, DVD memaparkan resolusi melintang 500 baris yang menghasilkan gambar lebih menarik berbanding cakera laser yang memaparkan 430 baris.``Selain dari memaparkan imej dan bunyi yang berkualiti, DVD juga mempunyai lebih kemampuan menyimpan memori iaitu kapasiti memori satu bahagian, satu lapisnya tujuh kali lebih dari CD,ÕÕ katanya.Katanya, keadaan ini akan membolehkan keseluruhan filem (sehingga 133 minit) merakamkan sebelah bahagian DVD. Cakera dua lapisan dan dua bahagian membolehkan permainan sehingga 480 minit (8 jam).Antara spesifikasi produk ini ialah ia sesuai dengan sistem video PAL dan NTSC, MPEG2 video compression, kadar bit ÔvariableÕ, aspek luas (16:9), sesuai dengan Dolby Digital (AC-3) audio compression, Dolby Pro-Logic sekeliling, 5.1 saluran sekeliling digital (digital output), audio PCM linear.Respon frekuensi untuk DVD pula dari 4Hz hingga 22kHz, 4Hz hingga 44kHz, CD-DA dari 4Hz hingga 20 kHz dan ratio S/N pula ialah melebihi 96dB (audio), 60 dB (Video)(EIAJ).

 

Cybersphere | Massa | Megabait | Utusan Online | Support Central | Mimos

Copyright ©1997 Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. All Right Reserved.
Tel no : 603-7555577 Fax no : 603-7542743