
|
Medalist 10240
rumusan penyimpanan data unggul
SYARIKAT Seagate Technology International memperkenalkan produk cakera keras iaitu
terbarunya Medalist 10240 3.5 inci yang merupakan rumusan penyimpanan unggul untuk para
pelanggannya.Produk terbaru itu juga melangkah ke hadapan dalam kemudahan integrasi serta
teknologi yang sudah dikenali dalam pelbagai keluarga produk yang seumpamanya.Naib
Presiden Kanan bagi Operasi Jualan Antarabangsa syarikat itu, Joel Stead berkata,
kehidupan orang ramai telah bertambah mengikut peredaran masa yang memerlukan maklumat
digital yang cepat dan senang.ÒSementara itu, produk Medalist 10240 tersebut akan
meningkatkan keupayaan para pelanggan kami untuk memudahkan integrasi kepada sistem
komputer peribadi masing-masing.ÒManakala keluaran produk tersebut juga sebagai komitmen
kami memberikan produk terbaik kepada para pelanggan untuk membantu mereka mendapatkan
maklumat terkini yang mereka perlukan,ÕÕ katanya.Beliau menyatakan demikian dalam satu
kenyataan akhbar yang dikeluarkan baru-baru ini.Tambah beliau, dengan menggunakan produk
Medalist 10240 yang mempunyai kapasiti 10.2 Gigabait itu, para pelanggan akan dapat
menyimpan maklumat dan mengakses maklumat digital dengan lebih banyak.Medalist 10240 juga
merupakan pelantar yang luas ternasuk sistem komputer peribadi mampu berpusing pada kadar
5,400 rpm dan memaparkan purata 11 milisaat dari segi pencarian.ÒDi samping itu, produk
itu juga berupaya memindahkan data pada kadar sehingga 33 Megabait sesaat menerusi
aplikasi antara muka Ultra ATA.ÒCakera ini menggunakan kepala magneto-resistive untuk
membolehkan syarikat kami mencapai densiti yang tinggi serta partial response-maximum
likehood (PRML),ÕÕ ujarnya.Dalam pada itu, fungsi yang mampu dijalankan oleh PRML ialah
dengan membaca teknologi rangkaian bagi mempercepatkan kemasukan data semasa operasi baca
dan tulis (read/write).Joel menjelaskan, produk Medalist 10240 tersebut juga merupakan
antara produk yang memenangi anugerah dalam kelasnya yang tersendiri.Pengeluaran produk
terbaru daripada syarikat Seagate itu juga menunjukkan komitmen yang tinggi ditunjukkan
oleh syarikat yang mementingkan mutu, prestasi dan kepuasan pelanggan.ÒIa juga telah
menawarkan standard keunggulan yang menjadikan syarikat kami sebagai peneraju dalam
industri tersebut di era digital pada masa sekarang ini,ÕÕ ujarnya.
|