Home

news1.gif (9755 bytes) Guna kelebihan bahasa tembusi pasaran global
KUALA LUMPUR _ Malaysia seharusnya menggunakan kelebihan mempunyai penduduk pelbagai kaum yang mengetahui dan fasih di dalam pelbagai bahasa untuk memasarkan produk-produk teknologi maklumat (IT)nya ke seluruh dunia dengan lebih cepat.Pengarah, Unit Perspektif, Program McLuhan dalam Kebudayaan dan Teknologi, Universiti Toronto, Dr. Kim Henry Veltman berkata, Malaysia mempunyai penduduk yang terdiri dari pelbagai kaum yang mahir dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa Inggeris, Arab, India, Cina dan Melayu.

produk1.gif (6831 bytes)

Medalist 10240 rumusan penyimpan data unggul

news2.gif (10329 bytes) Syarikat hadapi masalah atasi Y2K tahun depan
KUALA LUMPUR _ Syarikat-syarikat yang masih tidak melakukan sesuatu untuk memastikan sistem komputer mereka sedia memasuki tahun 2000 (Y2K) dijangka menghadapi masalah berbuat demikian tahun depan kerana syarikat-syarikat perunding masalah Y2K dijangka enggan menerima pelanggan lagi tahun depan.Pengerusi Eksekutif Software International Corporation (M) Sdn. Bhd., Datuk Alex Lee berkata, syarikatnya yang telah menjalankan kerja-kerja perundingan dan pembaikan mengenai masalah Y2K sejak dua tahun lepas dijangka tidak akan menerima lagi pelanggan di negara ini mulai akhir tahun

produk2.gif (3533 bytes)

DVD terbaru Sharp mempunyai pelbagai fungsi

news3.gif (13388 bytes) Trivoli-Rakan Niaga bekerjasama untuk MSC
HONG KONG _ Tivoli Systems Inc. (Tivoli) akan bekerjasama dengan rakan-rakan perniagaannya di Malaysia dalam usaha syarikat itu melibatkan diri dalam pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC).Pengurus Besar Tivoli Asia Pasifik, Mark Latchford berkata, pihaknya memang berhasrat untuk turut serta menjayakan MSC melalui kerjasama dengan Mesiniaga dan IBM Malaysia.Bagaimanapun, menurut beliau, pihaknya masih membuat kajian mengenai aplikasi yang akan diceburi dalam pembangunan koridor itu tetapi menyatakan minat terhadap pendidikan.

produk3.gif (5952 bytes)

Xerox Acolor versatile, fotostat dan pengimbas

Kursus penyelenggaraan komputer
INETCOMP Sdn. Bhd. mengadakan kursus intensif penyelenggaraan dan pemasangan komputer pada 4 hingga 8 Mei dan 11 hingga 15 Mei ini di pusat latihannya, Jalan Tun H S Lee Kuala Lumpur. Hubungi Ainon/Lotfi di talian: 03-2022115/6.

Kursus Lotus Notes
MIS Learning Centre mengadakan bengkel KursusLotus Notes Professional Certificate pada 4 hingga 16Mei di Oceon View Resort, Port Dickson. Hubungi Goh ditalian: 03-9825537/9812172 atau faks: 03-9825490.

Seminar Informix dynamic server
INFORMIX akan mengadakan seminar bertajuk `Informix Dynamic Server' pada 6 Mei ini di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Keterangan lanjut, hubungi talian 03-2385292 samb. 332.Seminar CompaqCOMPAQ Computer (M) Sdn. Bhd. mengadakan seminar sehari bertajuk `The Power of Compaq Computing' pada 7 Mei di Holiday Villa, Subang Jaya. Keterangan lanjut, hubungi Doris Moon di talian:03-7824668 atau faks: 03-7821648.

Kursus MS Office/Internet
INSTITUT Profesional Kikubari mengadakan kursus MS Office dan mengembara dengan Internet pada 11 hingga 15 Mei di pusat latihannya, di Menara IPB Jln. Kg. Pandan Kuala Lumpur. Maklumat lanjut, hubungi 03-9822892 atau faks: 03-9871892.Kursus Photoshop/Visual BasicCOSMOPOINT mengadakan kursus Adobe Photoshop pada 12 dan 13 Mei dan kursus Pengaturcara Visual Basic pada 12 hingga 17 Mei di pusat latihannya, Wisma Muisan Kuala Lumpur. Maklumat lanjut, hubungi Kirati di talian: 03-2949455.

Seminar Future@Work
COMPUTER Associates mengadakan seminar percuma bertajuk `The Future@Work' pada 20 Mei ini di Hotel Legend, Kuala Lumpur. Maklumat lanjut, hubungi Corrine Yeo di talian: 03-2611818.

Kursus Visual C++WEB
City mengadakan kursus empat hari pengaturcaraan Mastering Visual C++ sepanjang bulan Mei di pusat latihannya, Taman Maluri Kuala Lumpur. Hubungi Jenny/Loh di talian: 03-9833799.

Latihan bina laman Web percuma
LOTUS Sales & Services mengadakan latihan membina laman Web percuma di pejabat Comat Training Services, Wisma Tractor Petaling Jaya. Terbuka kepada umum berusia 18 tahun ke atas. Hubungi David Chang di talian: 03-7315611 atau faks: 03-7315612 untuk maklumat lanjut.

Persidangan dan pameran SDA '98
MIMOS Berhad dan Miller Freeman akan menganjurkan persidangan dan pameran perisian SDA '98 pada 7 hingga 9 Julai di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Miller Freeman di talian 03-9264120.

Persidangan dan pameran Internet World Malaysia '98
Digital Conference Sdn. Bhd. dan Mecklermedia akan menganjurkan persidangan dan pameran Internet World Malaysia '98 pada 17 hingga 19 September di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sabrina/Vimala/NurShafina di talian 03-9877777/9827342 atau faks 03-9827751.

 

Cybersphere | Massa | Megabait | Utusan Online | Support Central | Mimos

Copyright ©1997 Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. All Right Reserved.
Tel no : 603-7555577 Fax no : 603-7542743