Home

 news3.gif (13388 bytes)

MegabaitTivoli-rakan niaga bekerjasama untuk MSC
Daripada Lukman Ismail

HONG KONG _ Tivoli Systems Inc. (Tivoli) akan bekerjasama dengan rakan-rakan perniagaannya di Malaysia dalam usaha syarikat itu melibatkan diri dalam pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC).Pengurus Besar Tivoli Asia Pasifik, Mark Latchford berkata, pihaknya memang berhasrat untuk turut serta menjayakan MSC melalui kerjasama dengan Mesiniaga dan IBM Malaysia.Bagaimanapun, menurut beliau, pihaknya masih membuat kajian mengenai aplikasi yang akan diceburi dalam pembangunan koridor itu tetapi menyatakan minat terhadap pendidikan.

Menurut beliau, Malaysia merupakan salah satu pasaran utama Tivoli di Asia dan beliau yakin dengan kesungguhan kerajaan Malaysia melaksanakan pembangunan teknologi maklumat (IT).``Sudah tentu kami akan turut serta dalam MSC tetapi kami masih meneliti mengenai bentuk dan bidang yang akan kami sertai dengan kerjasama rakan-rakan perniagaan tempatan.``Saya sendiri sudah melihat perkembangan pembangunan MSC ketika mesyuarat IAP (Panel Penasihat Antarabangsa) lalu dan saya sangat tertarik dengan usaha kerajaan anda (Malaysia) membangunkan IT,ÕÕ katanya.Beliau menyatakan demikian kepada `Utusan Megabait selepas satu sidang akhbar sempena Persidangan Planet Tivoli, di sini minggu lepas.Latchford berkata, walaupun keadaan ekonomi di rantau Asia agak perlahan sejak pertengahan tahun lalu tetapi beliau tetap yakin dengan peluang pasaran di Malaysia.

Tivoli, syarikat perisian sistem, aplikasi dan rangkaian pengurusan milik IBM itu telah mencatatkan pertumbuhan antara 20 hingga 40 peratus setiap suku tahun sejak ditubuhkan tahun 1989 lalu.Menurut Latchford, berdasarkan catatan kewangannya tahun lalu, Asia Pasifik telah menyumbang sebanyak 15 hingga 20 peratus perolehan dagangannya.Sementara itu, dalam sidang akhbar sebelum itu, beliau memberitahu, pihaknya akan melaksanakan satu program pembangunan percubaan dengan melibatkan universiti-universiti di beberapa negara utama rantau ini. Katanya, program itu penting bagi memastikan produk dan perkhidmatan yang disediakan dapat ditingkatkan sesuai dengan keperluan setempat di samping membina kemahiran di kalangan pelajar terbabit.

``Program ini akan melibatkan universiti-universiti di beberapa negara utama. Melaluinya, universiti terbabit akan menjadi pembekal perkhidmatan percubaan bagi Tivoli,ÕÕ katanya.Bagaimanapun buat masa sekarang, beliau tidak dapat mengumumkan universiti atau negara yang terbabit dalam program itu kerana ia masih di peringkat perbincangan.Antara negara-negara yang dijangka terbabit dengan program itu termasuk Singapura, Malaysia, Korea, China dan Jepun.

 

Cybersphere | Massa | Megabait | Utusan Online | Support Central | Mimos

Copyright ©1997 Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. All Right Reserved.
Tel no : 603-7555577 Fax no : 603-7542743