Home

 news2.gif (10329 bytes)

MegabaitSyarikat hadapi masalah atasi Y2K tahun depan


KUALA LUMPUR _ Syarikat-syarikat yang masih tidak melakukan sesuatu untuk memastikan sistem komputer mereka sedia memasuki tahun 2000 (Y2K) dijangka menghadapi masalah berbuat demikian tahun depan kerana syarikat-syarikat perunding masalah Y2K dijangka enggan menerima pelanggan lagi tahun depan.

Pengerusi Eksekutif Software International Corporation (M) Sdn. Bhd., Datuk Alex Lee berkata, syarikatnya yang telah menjalankan kerja-kerja perundingan dan pembaikan mengenai masalah Y2K sejak dua tahun lepas dijangka tidak akan menerima lagi pelanggan di negara ini mulai akhir tahun .

``Ini kerana kami khuatir tidak akan mampu menyelesaikan kerja-kerja pembaikan dan ujian untuk menyelesaikan masalah Y2K bagi syarikat-syarikat pelanggan kerana ketika itu waktu yang ada amat singkat,ÕÕ katanya.Beliau berkata, anak syarikatnya yang beroperasi di Amerika Syarikat telah diarahkan untuk tidak lagi menerima pelanggan mengenai masalah Y2K mulai Jun tahun ini kerana masalah kesuntukan masa tersebut.

Masalah Y2K merupakan masalah sistem pengkomputeran tidak dapat mengenali tahun 2000 kerana ia ditulis dalam dua angka iaitu `00Õ yang boleh juga diwakili untuk tahun 1900. Bagaimanapun, masalah ini dijangka turut membabitkan operasi sesebuah syarikat kerana kegagalan sistem komputer untuk berfungsi akan menyebabkan syarikat tidak dapat menjalankan perniagaan seperti biasa.Ale berkata, masalah Y2K bukan hanya melibatkan kerja-kerja memperbaiki baris kod sistem komputer tetapi juga melibatkan proses mengenal pasti baris kod komputer yang terlibat, perancangan, pembaikan dan ujian sistem.

``Kerja-kerja penganalisaan melibatkan kira-kira lima hingga 10 peratus kerja, perancangan 10 hingga 15 peratus, pembaikan masalah baris kod melibat 25 hingga 50 peratus dan akhirnya ujian melibatkan 45 hingga 50 peratus,ÕÕ katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian dengan Computer Associates (CA) Malaysia Sdn. Bhd. untuk menawarkan pakej rumusan mengatasi masalah Y2K menggunakan alat perisian CA, dekat sini, Isnin lepas. Katanya, jika syarikat-syarikat masih menunggu hingga tahun depan, mereka akan menghadapi masalah mendapatkan khidmat syarikat perundingan Y2K kerana jika mereka menungu untuk melakukannya tahun depan.

Alex yang juga merupakan salah seorang yang terlibat dalam Pasukan Petugas Y2K Malaysia berkata, tahap kesedaran syarikat-syarikat swasta di negara ini amat rendah mengenai masalah Y2K kerana mereka masih menganggap masalah itu merupakan masalah komputer sahaja.``Pasukan petugas Y2K telah mengadakan seminar bergerak ke seluruh negara tahun lepas tetapi apa yang mengecewakan ialah kebanyakan peserta yang hadir adalah kakitangan IT syarikat dan amat kurang pihak pengurusan yang berminat,ÕÕ katanya.

Mengenai perjanjian hari ini, Pengarah Urusan CA ASEAN, Chua Meng Pin berkata, syarikat itu menawarkan khidmat pembaikan percuma untuk mana-mana syarikat yang berminat untuk mengenalpasti sama ada sistem COBOL, CA-ADS, CA-IDMS COBOL dan CA-Easytrieve mereka sedia Y2K atau tidak.``Mereka boleh membawa 50,000 kod baris sistem mereka kepada pusat Y2K Software International dan CA itu untuk dibaiki secara percuma dan kod sumber akan dikembalikan dalam masa 10 hari bekerja,ÕÕ katanya. Katanya, melalui kerjasama yang dimeterai ini, Software International akan menawarkan khidmat perundingan dan sokongan teknikal kepada pelanggan dan CA pula akan membekalkan alat perisian membaiki masalah Y2K secara automasi yang dikeluarkan oleh CA.Juruperunding Unit Perniagaan Y2K Asia, CA, James Hassen berkata, alat perisian yang akan digunakan untuk membaiki masalah baris kod ialah CA-Fix/2000 dan UNICAST/2000 yang merupakan perisian alat yang baru-baru ini memenangi Anugerah Tahunan Datamation untuk kategori Best Year 2000 Tools.

 

Cybersphere | Massa | Megabait | Utusan Online | Support Central | Mimos

Copyright ©1997 Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. All Right Reserved.
Tel no : 603-7555577 Fax no : 603-7542743