Home

news1.gif (9755 bytes)

MegabaitGuna kelebihan bahasa tembusi pasaran global
Oleh Mohd Ridzwan Md Iman

KUALA LUMPUR _ Malaysia seharusnya menggunakan kelebihan mempunyai penduduk pelbagai kaum yang mengetahui dan fasih di dalam pelbagai bahasa untuk memasarkan produk-produk teknologi maklumat (IT)nya ke seluruh dunia dengan lebih cepat.Pengarah, Unit Perspektif, Program McLuhan dalam Kebudayaan dan Teknologi, Universiti Toronto, Dr. Kim Henry Veltman berkata, Malaysia mempunyai penduduk yang terdiri dari pelbagai kaum yang mahir dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa Inggeris, Arab, India, Cina dan Melayu.

``Kelebihan ini boleh digunakan dalam syarikat di negara ini membangunkan produk seperti perisian yang mempunyai pelbagai bahasa disamping boleh menggunakannya untuk aktiviti pemasaran di negara-negara yang menggunakan bahasa tersebut,ÕÕ kata beliau.Katanya, dengan kelebihan tersebut, produk dari negara ini sekurangnya-kurangnya telah mampu menembusi pasaran negara-negara yang bertutur dalam bahasa tersebut seperti negara-negara Timur Tengah, Asia dan juga negara-negara Barat.

Dr. Kim juga berkata, faktor psikologi iaitu semangat yang menunjukkan keazaman melakukan sesuatu hingga berjaya seperti yang ditonjolkan dalam slogan Malaysia Boleh adalah penting dalam usaha negara ini untuk menjayakan projek Koridor Raya Multimedia (MSC).``Jikalau kita telah memutuskan untuk melakukan sesuatu, kita mesti mempunyai keyakinan bahawa kita sememangnya mampu melakukannya,ÕÕ katanya dalam satu persidangan mengenai pembangunan IT di negara ini di sini, baru-baru ini.Beliau berkata, semangat seumpama itu perlu diperluaskan penerimaannya di kalangan masyarakat agar mampu mengubah minda mereka untuk menerima sesuatu yang baru seperti projek MSC.Katanya, penerimaan masyarakat amat penting dalam menjayakan usaha pelaksanaan MSC kerana projek tersebut memerlukan kerjasama semua pihak termasuk individu, pertubuhan, syarikat dan agensi kerajaan.

Presiden dan Pengurus Besar Unisys Asia Selatan, Luis M. Dominquez berkata, Malaysia boleh berjaya jika dapat mengatasi masalah set minda masyarakat untuk menerima IT sebagai cara hidup.Katanya, Malaysia juga seharusnya mempunyai matlamat untuk memberikan kepuasan kepada pelanggan yang datang melabur di negara ini dan seterusnya menggalakkan mereka untuk menceritakan kegembiraan pengalaman unik mereka di Malaysia itu kepada orang atau syarikat lain.``Unisys yang komited untuk melabur di negara ini sangat berpuas hati dengan layanan masyarakat, syarikat dan kerajaan negara ini terhadap pelabur-pelabur asing,ÕÕ katanya.Beliau berkata, Malaysia juga perlu menanda aras (benchmark) projek MSC dengan projek yang terbaik terdapat di seluruh dunia dan juga berusaha menjadi yang terbaik antara yang terbaik.``Kita juga tidak seharusnya berfikir mengenai aspek teknikal tetapi memikirkan keputusan yang akan dicapai hasil dari usaha yang dijalankan bagi memastikan kejayaan MSC,ÕÕ katanya.

 

Cybersphere | Massa | Megabait | Utusan Online | Support Central | Mimos

Copyright ©1997 Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. All Right Reserved.
Tel no : 603-7555577 Fax no : 603-7542743