VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 Ogos 2014 / 24 Syawal 1435  
  Carian Arkib
UTARA

ARKIB : 19/01/2014

Terima pencen penakat Perkeso

SABRY Ahmad (dua dari kanan) menyampaikan cek kepada Maharani Othman sambil diperhatikan oleh Mohd. Asri Mohd. Rasid (kanan) di Jalan Santan, Padang Lati, Kangar, Perlis, kelmarin.

KANGAR 18 Jan. - Seorang suri rumah yang menghidap penyakit jantung sejak berusia 12 tahun menerima pencen penakat berjumlah RM1,099.58 bagi membantu meringankan bebannya berikutan kematian suami pada pertengahan Disember lalu.

Maharani Othman, 41, yang merupakan isteri kepada Allahyarham Che Bakri Yahaya, 49, menerima bayaran pencen itu daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Allahyarham Che Bakri yang bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat swasta meninggal dunia pada 14 Disember lalu akibat serangan jantung.

Maharani yang tidak bekerja selepas melahirkan anak tunggalnya, Nurul Ain, 13, menerima pencen penakat sebanyak RM659.75 sebulan sepanjang hidup manakala Nurul Ain mendapat RM439.80 sebulan sehingga berusia 21 tahun atau tamat pengajian ijazah pertama di universiti tempatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Santan, Sabry Ahmad menyampaikan wang pencen itu ketika melawat rumah wanita berkenaan di Kilometer 7.2, Jalan Santan, Padang Lati di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Perkeso negeri, Mohd. Asri Mohd. Rasid.

Sabry berkata, pentingnya majikan mencarum setiap pekerja kerana apabila berlaku sebarang kemalangan atau kematian maka Perkeso akan dapat membantu termasuk pemberian pampasan.

Selain itu katanya, bukan sahaja pekerja sahaja perlu arif fungsi Perkeso malah juga kalangan ahli keluarga.

"Faktor kurang prihatin akan menyebabkan ramai dalam kalangan balu atau duda atau waris lambat atau langsung tidak membuat tuntutan pampasan selepas berlaku insiden melibatkan kematian di luar waktu kerja," katanya.

Beliau berkata, pada sepanjang tahun lalu Perkeso negeri ini menerima 37 permohonan kes pencen penakat berbanding 65 kes pada tahun 2012.

Sabry berkata, jumlah pencen penakat yang dibayar sehingga 31 Disember lalu adalah sebanyak RM43,904.33 berbanding RM71,091.02 pada tahun 2012.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.