VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Ogos 2014 / 4 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
UTARA

ARKIB : 22/03/2013

Penduduk Taman Peruda dapat masjid baharu

TAJUL Urus Md. Zain (dua dari kanan) menyaksikan majlis penyerahan masjid oleh wakil Majlis Agama Islam Kedah kepada Jawatankuasa Masjid Taman Peruda, Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.

SUNGAI PETANI 21 Mac - Umat Islam di sekitar Taman Perdua di sini mendapat khabar gembira apabila hasrat mereka sejak sekian lama untuk memiliki sebuah masjid baharu sudah tercapai.

Penyelaras Parlimen Merbok, Datuk Tajul Urus Md. Zain berkata, masjid yang bernilai RM3.2 juta itu kini sudah disiapkan sepenuhnya dan diserahkan oleh kontraktor kepada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) baru-baru ini.

"Ruang solat utama masjid ini mampu memuatkan sehingga 1,500 jemaah pada satu-satu masa.

"Selain itu, ia turut dilengkapi lapan buah alat pendingin hawa dan kemudahan dewan pelbagai guna yang luas di tingkat bawah.

"Malah, masjid ini dilengkapi dengan kemudahan tandas untuk golongan kurang upaya," katanya semasa menyaksikan majlis penyerahan masjid oleh kontraktor kepada MAIK di sini baru-baru ini.

Tajul Urus memberitahu, projek pembinaan Masjid Taman Peruda itu dimulakan pada September 2011 dan siap pada 16 Januari lalu.

"Kerajaan pusat memperuntukan dana sebanyak RM2.5 juta manakala baki RM700,000 lagi adalah hasil sumbangan orang ramai," katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap masjid tersebut tidak disalahgunakan untuk tujuan politik.

"Jika boleh jadikanlah masjid ini di mana ahli jemaahnya datang untuk beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah SWT.

"Jangan diganggu dengan hal-hal yang boleh menyentuh perasaan terutama politik," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:26
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.