VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 Ogos 2014 / 24 Syawal 1435  
  Carian Arkib
UTARA

ARKIB : 01/03/2013

RISDA naikkan kadar bantuan

Mohd. Foad Mat. Isa (dua dari kiri) beramah mesra dengan sebahagian penerima bantuan tanaman semula pada Majlis Penyampaian Sumbangan Sosial dan Kelulusan Bantuan Tanaman Semula di Sungai Duri, Pulau Pinang, kelmarin.

NIBONG TEBAL 28 Feb. - Pekebun kecil di negeri ini yang berminat menanam semula tanaman getah boleh menarik nafas lega apabila Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menaikkan kadar bantuan untuk penanaman semula daripada RM7,000 sehektar kepada RM9,230 sehektar.

Pengarah RISDA Pulau Pinang, Mohammad Zakaria Alang Zahari berkata, bantuan itu dinaikkan selepas mengambil kira peningkatan kos pembangunan kebun yang turut dialami pekebun kecil yang menjalankan aktiviti penanaman semula.

"RISDA maklum dengan beban kewangan yang dihadapi kebanyakan pekebun kecil seperti kos penyediaan kebun, benih, baja dan kos penyelenggaraan.

"Disebabkan itu, RISDA menaikkan kadar bantuan ini daripada RM7,000 sehektar pada 2010 kepada RM9,230 untuk tanaman getah," katanya.

Beliau berucap dalam majlis penyampaian Sumbangan Sosial dan Kelulusan Bantuan Tanaman Semula di Dewan Perda, Sungai Duri, di sini hari ini.

Dalam majlis itu, sebanyak 14 pekebun kecil menerima bantuan tanam semula melibatkan pekebun dari seluruh daerah di Pulau Pinang.

Majlis penyerahan itu disempurnakan Penyelaras Barisan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Mohd. Foad Mat Isa.

Jelasnya, sehingga 25 Februari lalu, sebanyak 17.9159 hektar tanah diberikan kelulusan tanam semula oleh RISDA Pulau Pinang dengan jumlah ansuran sebanyak RM117,191.09.

"Pekebun yang menerima bantuan ini akan menerimanya dalam bentuk bayaran ansuran sebanyak enam kali.

"Matlamat peruntukan pembangunan RISDA Pulau Pinang pada tahun ini adalah untuk mencapai 482 hektar tanaman iaitu 278 hektar untuk tanaman getah manakala 148 hektar lagi untuk kelapa sawit dengan nilai peruntukan sebanyak RM926,017.00," ujarnya.

Tambahnya, pekebun kecil di negeri ini yang berminat mendapatkan bantuan tanaman semula boleh membuat permohonan secara dalam talian di laman web agensi itu dan kelulusan permohonan akan diproses serta-merta.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.