VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
UTARA

ARKIB : 27/09/2012

Premis rosak dilanda ribut

Puad Yunus menunjukkan bumbung rumahnya yang tercabut akibat dilanda ribut di Telok Air Tawar, Pulau Pinang, semalam. - utusan/Norazlina Ismail

BUTTERWORTH 26 Sept. - Sebuah bangunan yang bakal dijadikan Balai Polis Teluk Air Tawar rosak teruk akibat dilanda ribut yang berlaku di kawasan itu hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.35 pagi, bumbung bangunan kedai itu diterbangkan angin sejauh 100 meter serta bertaburan di atas jalan raya.

Menurut Baharom Kamis, 74, kejadian itu kali pertama berlaku di kawasan tersebut dan ketika kejadian dia berada di rumahnya di Kampung Bagan Belat dekat sini.

"Saya terdengar bunyi kuat melintasi bumbung rumah dan apabila keluar, saya nampak angin kencang menerbangkan bumbung bangunan kedai milik anak saya.

"Sebaik sahaja tiba di hadapan bangunan yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah, saya dapati sebahagian besar bumbung bangunan itu tercabut dan ada di antaranya terjatuh di atas jalan," katanya ketika ditemui hari ini.

Tambahnya, sebuah kereta hampir terbabas kerana mengelak bumbung yang terjatuh namun tiada kemalangan atau kecederaan berlaku.

Selain bangunan itu, beberapa buah rumah di Kampung Teluk Air Tawar berhampiran turut mengalami kerosakan akibat bumbungnya diterbangkan angin ribut.

Kejadian sama turut menimpa beberapa rumah di Kampung Permatang Tok Gelam dan Kampung Pangkalan Batu, Tasek Gelugor yang menyebabkan kerugian puluhan ribu ringgit.

Seorang penduduk, Puad Yunus, 55, berkata, kejadian ribut itu adalah yang terburuk pernah berlaku sejak dia berpindah ke kampung itu setahun lalu.

"Ketika kejadian saya sedang berehat di rumah dan terdengar bunyi kuat namun tak sangka bumbung rumah diterbangkan angin kerana dilindungi siling.

"Sebaik saja keluar, saya terkejut melihat separuh bumbung rumah saya diterbangkan ribut dan rumah kakak saya yang terletak bersebelahan juga mengalami nasib sama," ujarnya.

Sementara itu di Kampung Pengkalan Batu, seorang penduduk, Mohd. Johari Puteh,68, mendakwa kerugian hampir RM12,000 apabila bumbung rumahnya rosak teruk.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perai Utara (SPU), Mohd. Rahim Mohd. Alif berkata, pihaknya akan menyalurkan bantuan segera dalam usaha meringankan beban mangsa ribut terbabit.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.