VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
UTARA

ARKIB : 29/08/2012

UUM terbitkan tesis Jins Shamsuddin

Mohamed Mustafa Ishak membelek album kenangan Jins Shamsuddin sewaktu mengunjungi Seniman Negara tersebut di rumahnya di Kampung Pasir, Hulu Klang, baru baru ini. - gambar ihsan UUM

ALOR SETAR 28 Ogos - Universiti Utara Malaysia (UUM) dijangka menerbitkan tesis yang dihasilkan oleh Seniman Negara, Tan Sri Jins Shamsuddin bertajuk Filem Melayu 1930-an - 1960-an sebagai Citra Budaya dan Sejarah Negara tidak lama lagi.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, penerbitan oleh UUM Press itu bagi membolehkan tesis tersebut menjadi sumber rujukan perfileman negara pada masa depan.

"Tesis yang dihasilkan Jins merupakan sumbangan besar kepada dunia perfileman dan boleh dibaca serta dimanfaatkan oleh semua," katanya selepas mengunjungi Jins di rumahnya Kampung Pasir, Hulu Klang, Selangor semalam.

Jins yang ketika ini menghidap penyakit alzheimer, merupakan Alumni UUM dan juga bekas Karyawan Tamu di Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM).

Tambah Mohamed Mustafa, Jins merupakan individu penting yang terlibat secara langsung dalam perkembangan perfileman Melayu dari Studio Jalan Ampas hingga ke Studio Jalan Merdeka.

"Kajian beliau merangkumi perkembangan awal filem Melayu tiga dekad iaitu daripada tahun 1930 hingga 1960 yang merupakan zaman sebelum perang hingga selepas perang. Ini merupakan zaman emas dan tempoh kemuncak filem Melayu," katanya.

Mohamed Mustafa juga berkata, tesis itu telah mengambil sebanyak 50 filem Melayu yang terpilih sebagai rujukan. Ia bukan sahaja mengandungi citra budaya Melayu tetapi sejarah negara yang dirakam menerusi filem-filem tersebut.

"Ertinya kajian mengenai filem Melayu tahun 1950 dapat digunakan sebagai salah satu sumber rujukan untuk mempelajari perkembangan budaya dan sejarah negara, selain daripada buku, dokumen dan arkib.

"Ini kerana filem Melayu pada tempoh itu telah merakam proses revolusi budaya Melayu dari segi bahasa, perubahan pakaian, nilai hidup, sosiopolitik negara termasuk kemerdekaan negara," tambah beliau.

Katanya lagi, tesis berkenaan merupakan satu rakaman penting mengenai sejarah dan budaya yang mesti diterbitkan supaya generasi masa depan dapat memahami bagaimana sumbangan filem Melayu dalam kemajuan filem pada masa sekarang.

Menurut isteri Jins, Puan Seri Halijah Abdullah, walaupun daya ingatan suaminya semakin merosot, namun beliau masih mengingati UUM dan tajuk tesis yang dihasilkan bagi membolehkannya menerima ijazah doktor falsafah (PhD) dari UUM pada 2010.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.