ARKIB : 29/08/2012
Penembak meriam merdeka dihargai
KUBANG PASU 28 Ogos - Pusat Islam Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini menziarahi askar Artileri Diraja British Kor Meriam 1957, Ahmad Saad, 82, yang ditugaskan sebagai penembak meriam di Stadium Merdeka ketika Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan kemerdekaan.
Pengarahnya, Prof. Madya Dr. Ismail Ishak berkata, kunjungan itu bersempena sambutan bulan kemerdekaan dan Aidilfitri bagi menghargai jasa Ahmad yang kebetulan tinggal berdekatan dengan kampus UUM.
"Sejarah Ahmad perlu dikenang dan pihak Pusat Islam UUM sendiri dengan kekuatan tenaga di universiti akan mendokumentasikan kisahnya bagi dibaca dan dikenang oleh generasi kini dan akan datang," katanya ketika melawat Ahmad di rumahnya di Kampung Changhai, Changlon di sini.
Dalam lawatan itu, Ismail menyampaikan sepersalinan baju Melayu sebagai simbolik menggambarkan kepahlawanan Melayu kepada Ahmad.
Sementara itu, ketika menceritakan kenangan manis ketika ditugaskan sebagai penembak pertama meriam ketika laungan Merdeka, Ahmad berkata, dia pada mulanya tidak menyangka sama sekali akan diberi tugas itu bersama-sama rakan lain.
"Tugas itu amat bersejarah iaitu untuk melepaskan tembakan bersejarah sebanyak 31 das ketika laungan Merdeka dilakukan oleh Bapa Kemerdekaan negara ketika itu," katanya.
Mengimbau sejarah lamanya, dia mula menyertai askar ketika berusia 19 tahun pada 1949. Kemudian pada 1952 dia ke Singapura menyertai Askar Artileri British untuk menjalani latihan selama tiga bulan dalam Kor Meriam.
Ahmad menambah, mereka telah diarahkan dari Singapura pada 1957 ke Kajang dan seterusnya ke Stadium Merdeka untuk melakukan tembakan meriam bagi menyambut laungan Merdeka yang dilakukan di Melaka. Melalui perhubungan wireless maka tembakan dilakukan serentak di Stadium Merdeka.
"Peristiwa itu sentiasa menjadi ingatan kerana tembakan meriam yang dilakukan itu berlainan ketika menyertai Kor Meriam.
"Ini kerana sebelum itu, saya menembak untuk melawan musuh tetapi pada 31 Ogos 1957, ia merupakan tembakan amat bersejarah kerana seiring dengan laungan kemerdekaan bermakna menandakan pengisytiharan Tunku dan kelahiran sebuah negara baharu," ujarnya.
Ahmad berkata, dia berharap generasi sekarang bersyukur dengan nikmat kemerdekaan dan menghargai pejuang-pejuang terdahulu yang sanggup berkorban demi negara.
Karnival Kraf Perlis bermula
Pondok durian penuhi impian tetamu hotel
BN mungkin kemuka petisyen
Golongan muda perlu bersatu - Mahadzir
Karnival kahwin, pesta makanan Kedah meriah
Kerajaan negeri pantau jeti Kuala Perlis
Agar lebih kondusif dengan realiti semasa
Kedah semak dasar perumahan
Tekad Zambry kepada rakyat Perak
Tiga bekas pendidik dipilih Tokoh Guru
MIC PP cari punca dua calon kalah PRU-13
MCA diminta selesaikan segera
Maklumat bocor jejaskan nelayan
Sukan bendang erat perpaduan
SAR, sekolah pondok diperkasa
Perkhidmatan bomba perlu baik untuk tarik pelabur - Raja Perlis
Lapor kepada Cake jika harga barang naik
Enam rekod diperbaharui
Kerja sebagai satu pasukan - MB
43 ditahan dalam Ops 6P di Tasek Gelugor, Bertam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









