ARKIB : 29/08/2012
Kaji agih bantuan elak pilih kasih
PERMATANG PAUH 28 Ogos - Kerajaan disaran mengkaji semula kaedah pengagihan bantuan oleh pelbagai agensi bagi memberi peluang lebih ramai lagi golongan memerlukan dibela.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said berkata, cara baru perlu diperkenalkan bagi mengelak berlaku pertindihan di mana seorang penerima mendapat bantuan lebih daripada satu agensi dan juga membendung amalan kronisme.
Menurutnya, terdapat ramai lagi golongan susah yang masih tertinggal berikutan nama mereka tidak tersenarai sebagai penerima bantuan.
"Jika dilihat setiap kali bulan Ramadan, kerajaan memberi bantuan menerusi pelbagai agensi seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.
"Namun dalam banyak agensi ini, masih ramai tertinggal tidak menerima bantuan atau ada juga yang menerimanya berkali-kali daripada pelbagai agensi. Dalam soal ini, cara pengagihan bantuan perlu diselaras dan diperluas supaya tidak berlaku pertindihan atau pilih kasih," katanya.
Beliau ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini baru-baru ini.
Sehubungan itu, Mohd. Zaidi mencadangkan supaya diwujudkan pangkalan data supaya maklumat penerima direkodkan setiap kali mereka memperoleh bantuan daripada sesuatu agensi.
"Contohnya, kalau Perda beri bantuan kepada 30 orang, nama kesemua penerima ini perlu diberikan kepada agensi lain seperti Kemas atau JKM.
"Ini supaya penerima itu tidak lagi terima bantuan agensi lain seterusnya memberi peluang kepada orang lain," ujarnya.
Pasar tani wajah baharu
Tingkat mutu perkhidmatan
Karnival Kahwin-Kahwin, Pesta Makanan Tradisional Negeri Kedah 2013 kembali
Pejalan kaki penyumbang ketiga tertinggi kematian
Sokongan rakan bakar semangat guru OKU
Selesa berniaga di pasar baharu
Pemandu terselamat nahas treler
Ismail Saffian dilantik CEO Yayasan Bina Upaya
Ahmad Kamarudin berazam majukan destinasi pelancongan Perak
Mahdzir ajak penduduk perangi wabak denggi
Legasi jambatan kereta api tertua
Exco perlu lipat gandakan usaha
Pusat Khidmat, Aduan BN tetap dibuka
Fokus kepada amalan kebersihan
Peluang Melayu miliki hartanah RM70 juta di Bandar Meru Raya
Zabri mahu ubah wajah Trong
UniMAP bolot 10 pingat emas
61 perantis Vale jalani latihan di Brazil
Sesuai jadi lokasi utama berbasikal
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









