VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 September 2014 / 26 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
UTARA

ARKIB : 29/08/2012

Bekas komando gembira terima sumbangan kerusi roda

MOHD. Sattar Saad (kanan) menyerahkan kerusi roda kepada Saari Desa sambil diperhati anaknya, Haslindawati di Hotel Amanpura Sungai Petani, baru-baru ini.

SUNGAI PETANI 28 Ogos - Penderitaan bekas komando, Saari Desa, 68, yang sukar bergerak setelah kaki kanannya dipotong hingga ke paras lutut, mendapat perhatian Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Sungai Petani, baru-baru ini.

Saari dari Taman Bandar Baru di sini yang bersara dari unit komando pada 29 November 1993 lalu, gembira apabila menerima bantuan kerusi roda daripada persatuan itu.

Menurutnya, selepas bersara, beliau menjalankan perniagaan menjual nasi lemak tidak jauh dari rumahnya namun kaki kanannya terpaksa dipotong pada 21 Julai lalu kerana menghidap penyakit kencing manis sejak lima tahun lepas.

"Saya terharu di atas keprihatinan persatuan menghulurkan bantuan selepas mendapat tahu tentang masalah saya hadapi dan kini pergerakan saya menggunakan kerusi roda menjadi lebih mudah," katanya selepas menerima sumbangan daripada Pengerusi PBTM Cawangan Sungai Petani, Mohd. Sattar Saad di Hotel Amanpura di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Penasihat Persatuan Veteran Komando, Datuk Rodi Zakaria dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani, Shahanim Mohd. Yusof.

Setiausaha PBTM cawangan itu, Ahmad Buyong Mokhtar berkata, persatuan sedaya upaya cuba membantu kebajikan bekas tentera mengatasi sebarang masalah dihadapi selepas tidak lagi berkhidmat dalam pasukan tentera.

Sebab itu, menurutnya, pihaknya cuba mengemaskini maklumat mengenai golongan bekas tentera yang kini kebanyakannya menjalankan aktiviti perniagaan di tempat masing-masing.

"Melalui pertemuan seperti di majlis ini maka ramai ahli persatuan di negeri Kedah dapat hadir dan kami memberi sumbangan yang tidak seberapa nilainya, termasuk 41 orang balu anggota tentera yang tinggal di sekitar Sungai Petani," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.