ARKIB : 28/08/2012
Hasil dua tan muruku musim raya
TASEK GELUGOR 27 Ogos - Biarpun pelbagai biskut moden menjadi pilihan pada musim perayaan ini, namun kudapan seperti muruku, simpul kasih, kuih siput dan kerepek bawang tidak pernah dilupakan.
Menyedari hakikat itu, Salmah Hashim, 65, tidak menoleh ke belakang lagi untuk mengusahakan perusahaan muruku secara besar-besaran di rumahnya di Kampung Aman dekat sini.
Pada musim perayaan ini, Salmah dengan dibantu lapan pekerja yang kebanyakannya ibu tunggal tidak menang tangan untuk menyiapkan pesanan pelanggan.
"Sepanjang bulan Ramadan tahun ini saya menyediakan hampir dua tan muruku yang dipasarkan ke sebuah pasar raya besar di Pulau Pinang selain memenuhi tempahan pelanggan tetap.
"Saya juga terpaksa mendapatkan pekerja sambilan bagi menyiapkan semua tempahan agar tidak mengecewakan pelanggan dari Johor, Kelantan, Terengganu dan Sarawak serta Medan, Indonesia," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Menurut Salmah, permintaan untuk muruku juga menjangkau hingga ke China pada tahun ini apabila menerima tempahan sebanyak 200 kilogram yang perlu dihantar selepas Hari Raya Aidilfitri.
Selain itu katanya, musim kenduri selepas hari raya ini juga merancakkan lagi tempahan menyebabkan dia terpaksa menolak beberapa tempahan lain kerana tidak dapat memenuhi permintaan.
Jelasnya, ramai pembeli merupakan pelanggan tetap yang saban tahun menempah daripadanya sekali gus tiada masalah timbul dari aspek pasaran.
"Keistimewaan kerepek dan muruku hasil resipi saya sendiri ini bukan sahaja bergantung kepada rasanya tetapi juga tahan lama sehingga mampu mencecah enam bulan ke setahun jika disimpan dengan betul.
"Malah melalui bantuan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), saya dapat memperluaskan lagi pasaran," ujarnya.
Tambah Salmah, peluang menyertai kursus mengenai hal-ehwal ekonomi wanita di Jepun telah memangkin semangatnya untuk lebih maju sebagai seorang usahawan.
Katanya, ilmu yang dituntut di Negara Matahari Terbit itu selama tiga minggu bagi mendalami ilmu keusahawanan dan prospek ekonomi wanita banyak membantunya selama ini.
"Harapan saya kini adalah ingin melihat produk keluaran saya di bawah jenama SalHas menjadi pilihan utama di rak-rak pasar raya besar serta boleh diterima oleh pengguna di seluruh pelosok dunia," jelasnya.
Pasar tani wajah baharu
Tingkat mutu perkhidmatan
Karnival Kahwin-Kahwin, Pesta Makanan Tradisional Negeri Kedah 2013 kembali
Pejalan kaki penyumbang ketiga tertinggi kematian
Sokongan rakan bakar semangat guru OKU
Selesa berniaga di pasar baharu
Pemandu terselamat nahas treler
Ismail Saffian dilantik CEO Yayasan Bina Upaya
Ahmad Kamarudin berazam majukan destinasi pelancongan Perak
Mahdzir ajak penduduk perangi wabak denggi
Legasi jambatan kereta api tertua
Exco perlu lipat gandakan usaha
Pusat Khidmat, Aduan BN tetap dibuka
Fokus kepada amalan kebersihan
Peluang Melayu miliki hartanah RM70 juta di Bandar Meru Raya
Zabri mahu ubah wajah Trong
UniMAP bolot 10 pingat emas
61 perantis Vale jalani latihan di Brazil
Sesuai jadi lokasi utama berbasikal
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









