ARKIB : 28/08/2012
Konvoi motosikal edar 300 Jalur Gemilang
PULAU PINANG 27 Ogos - Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55, seramai 60 penunggang motosikal mengelilingi beberapa lokasi utama di sekitar bandar ini untuk mengedarkan Jalur Gemilang.
Konvoi Kembara Merdeka yang disertai beberapa agensi kerajaan serta ahli Kelab Motosikal SYM bermula di Padang Kota Lama dan berakhir di Tanjung Tokong.
Sebanyak 300 Jalur Gemilang diagihkan kepada orang ramai sepanjang konvoi berkenaan.
Pegawai Penerangan Daerah Timur Laut, Fun Pon a/l Din Phrat berkata, objektif utama program adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai erti kemerdekaan serta memupuk semangat cintakan negara.
"Kempen ini juga secara tidak langsung memupuk semangat perpaduan di kalangan semua kaum tanpa mengira latar belakang, warna kulit dan pangkat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Para peserta konvoi dilepaskan oleh Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong.
Menurut Fun Pon, sambutan yang mereka terima sangat memberangsangkan kerana tempat-tempat yang dipilih merupakan kawasan tumpuan orang ramai.
Maklumat bocor jejaskan nelayan
Sukan bendang erat perpaduan
SAR, sekolah pondok diperkasa
Perkhidmatan bomba perlu baik untuk tarik pelabur - Raja Perlis
Lapor kepada Cake jika harga barang naik
Enam rekod diperbaharui
Kerja sebagai satu pasukan - MB
43 ditahan dalam Ops 6P di Tasek Gelugor, Bertam
35 anggota IPK Perak naik pangkat sarjan
Jurutera jadi penternak rusa
MBI sedia 1,204 petak bazar Ramadan
Perkukuh perpaduan majukan Kedah
Raja Muda Perlis mahu rakyat 'celik' media
Projek 'misteri' Bukit Gambir
Pasar tani wajah baharu
Tingkat mutu perkhidmatan
Karnival Kahwin-Kahwin, Pesta Makanan Tradisional Negeri Kedah 2013 kembali
Pejalan kaki penyumbang ketiga tertinggi kematian
Sokongan rakan bakar semangat guru OKU
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









