ARKIB : 17/08/2012
1,000 murid dapat duit raya
SUNGAI PETANI 16 Ogos - Seramai 1,000 murid sekolah rendah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Merdekat, dekat sini diraikan dengan sumbangan duit raya pada majlis di Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Wang, semalam.
Program itu dianjurkan oleh Naib Ketua Puteri UMNO, Shahanim Mohd. Yusof bagi memeriahkan sambutan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.
Menurut Shahanim, murid-murid itu dipilih di kalangan keluarga petani, nelayan dan golongan berpendapatan rendah.
Beliau berkata, selain membantu golongan kurang bernasib baik program yang julung kali diadakan itu juga bertujuan mengeratkan hubungan antara pemimpin setempat dengan murid serta guru-guru sekolah.
"Sebelum ini, ramai murid tidak mengenali pemimpin di kawasan ini tetapi melalui cara sebegini, dapatlah saya beramah mesra dengan anak-anak muda yang bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan," katanya kepada pemberita di sini.
Shahanim yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani berkata, selain duit raya Puteri UMNO turut menghulurkan bantuan berupa barang keperluan asas kepada fakir miskin, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.
"Malah, kita juga mencipta sedikit kelainan pada kali ini dengan mengedarkan gula percuma kepada 2,000 penduduk sekitar kawasan Kota Kuala Muda," jelasnya.
Karnival Kraf Perlis bermula
Pondok durian penuhi impian tetamu hotel
BN mungkin kemuka petisyen
Golongan muda perlu bersatu - Mahadzir
Karnival kahwin, pesta makanan Kedah meriah
Kerajaan negeri pantau jeti Kuala Perlis
Agar lebih kondusif dengan realiti semasa
Kedah semak dasar perumahan
Tekad Zambry kepada rakyat Perak
Tiga bekas pendidik dipilih Tokoh Guru
MIC PP cari punca dua calon kalah PRU-13
MCA diminta selesaikan segera
Maklumat bocor jejaskan nelayan
Sukan bendang erat perpaduan
SAR, sekolah pondok diperkasa
Perkhidmatan bomba perlu baik untuk tarik pelabur - Raja Perlis
Lapor kepada Cake jika harga barang naik
Enam rekod diperbaharui
Kerja sebagai satu pasukan - MB
43 ditahan dalam Ops 6P di Tasek Gelugor, Bertam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









