ARKIB : 16/08/2012
Ops Bantu V dilancar di Kedah
ALOR SETAR 15 Ogos - Sempena musim perayaan Aidilfitri, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kedah menjalankan Ops Bantu V iaitu menawarkan bantuan kecemasan dan khidmat kemanusiaan menerusi rondaan di Kota Setar, Padang Terap, Kuala Muda dan Kulim.
Timbalan Pengarahnya, Mejar (Pertahanan Awam) Raja Muhammad Al-Hakim Raja Jaafar berkata, empat daerah itu perlu diberi tumpuan berbanding daerah lain kerana terdapat jumlah penduduk dan pengguna jalan raya yang ramai.
"Seramai 24 pegawai dan anggota JPAM tetap akan melakukan rondaan menggunakan dua motosikal gerak pantas dan empat kenderaan pacuan empat roda.
"Rondaan melibatkan dua syif sehari iaitu dari pukul 8 pagi hingga 4 petang dan 4 petang hingga 12 tengah malam," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Ops Bantu V peringkat negeri di pejabat JPAM di sini hari ini.
Ops Bantu V dilancarkan JPAM sempena musim perayaan Aidilfitri bermula 16 hingga 26 Ogos ini di seluruh negara.
Menurutnya, antara jalan yang akan dilalui pasukan peronda adalah Jalan Alor Setar-Jalan Jitra dan Alor Setar-Ayer Hitam bagi daerah Kota Setar; Kuala Nerang-Pokok Sena dan Jalan Langgar-Alor Setar (Padang Terap); Jalan Bedung dan Tikam Batu (Kuala Muda) dan Jalan Kulim-Mahang (Kulim).
"Pegawai dan anggota tetap JPAM akan bantu pengguna jalan raya yang terlibat kemalangan atau yang menghadapi masalah seperti tayar bocor, kereta rosak dan kehabisan minyak.
"Semua bantuan yang diberikan ini adalah bagi memastikan kelancaran lalu lintas seterusnya mengelak daripada berlaku kemalangan," ujarnya.
Beliau berkata, selain anggota tetap, JPAM Kedah turut mempunyai 24,000 sukarelawan yang bersedia untuk dikerahkan ke lokasi kejadian sekiranya berlaku kemalangan atau bencana besar.
Karnival Kraf Perlis bermula
Pondok durian penuhi impian tetamu hotel
BN mungkin kemuka petisyen
Golongan muda perlu bersatu - Mahadzir
Karnival kahwin, pesta makanan Kedah meriah
Kerajaan negeri pantau jeti Kuala Perlis
Agar lebih kondusif dengan realiti semasa
Kedah semak dasar perumahan
Tekad Zambry kepada rakyat Perak
Tiga bekas pendidik dipilih Tokoh Guru
MIC PP cari punca dua calon kalah PRU-13
MCA diminta selesaikan segera
Maklumat bocor jejaskan nelayan
Sukan bendang erat perpaduan
SAR, sekolah pondok diperkasa
Perkhidmatan bomba perlu baik untuk tarik pelabur - Raja Perlis
Lapor kepada Cake jika harga barang naik
Enam rekod diperbaharui
Kerja sebagai satu pasukan - MB
43 ditahan dalam Ops 6P di Tasek Gelugor, Bertam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









