ARKIB : 15/08/2012
Kastam rampas ganja RM91,200
PADANG BESAR 14 Ogos - Kastam negeri ini merampas 38 ketulan ganja bernilai RM91,200 selepas menangkap seorang lelaki di pintu masuk Pos Imigresen Wang Kelian, dekat sini kelmarin.
Pengarahnya, Mohd. Pudzi Man memberitahu, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan ketika memandu sebuah kereta untuk masuk ke negara ini dari negara jiran pada pukul 8.10 pagi.
Kata beliau, selepas mengesyaki lelaki itu membawa barang larangan, sepasukan anggota Kastam terus membuat pemeriksaan rapi dan menemui dadah berkenaan disembunyikan di bawah lantai tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan.
"Kastam mendapati kereta berkenaan diubah suai di bahagian lantai untuk menyembunyikan barang larangan itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Berikutan tangkapan itu, kata Mohd. Pudzi, suspek direman selama tujuh hari sehingga 18 Ogos ini untuk siasatan lanjut.
Menurut beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika bersabit kesalahan.
Sehubungan itu, kata beliau, orang ramai diminta supaya memberikan kerjasama kepada Kastam dengan tampil menyalurkan maklumat mengenai sebarang aktiviti penyeludupan.
Ia termasuk penyeludupan seperti rokok, minuman keras, mercun dan bunga api, dadah serta lain-lain barang larangan.
Bagi tujuan tersebut, orang ramai boleh menghubungi mana-mana pejabat Kastam berdekatan atau melalui talian bebas tol 1-800-88-8855.
Perkhidmatan bomba perlu baik untuk tarik pelabur - Raja Perlis
Lapor kepada Cake jika harga barang naik
Enam rekod diperbaharui
Kerja sebagai satu pasukan - MB
43 ditahan dalam Ops 6P di Tasek Gelugor, Bertam
35 anggota IPK Perak naik pangkat sarjan
Jurutera jadi penternak rusa
MBI sedia 1,204 petak bazar Ramadan
Perkukuh perpaduan majukan Kedah
Raja Muda Perlis mahu rakyat 'celik' media
Projek 'misteri' Bukit Gambir
Pasar tani wajah baharu
Tingkat mutu perkhidmatan
Karnival Kahwin-Kahwin, Pesta Makanan Tradisional Negeri Kedah 2013 kembali
Pejalan kaki penyumbang ketiga tertinggi kematian
Sokongan rakan bakar semangat guru OKU
Selesa berniaga di pasar baharu
Pemandu terselamat nahas treler
Ismail Saffian dilantik CEO Yayasan Bina Upaya
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









