ARKIB : 14/08/2012
GM Hotel taja 5,000 naskhah Utusan Malaysia
KUBANG PASU 13 Ogos - GM Hotel Sdn. Bhd. menaja sebanyak 5,000 naskhah Utusan Malaysia bernilai kira-kira RM6,000 yang akan diedarkan kepada 15 sekolah di negeri-negeri Utara sempena pembukaan hotel itu di Changlun, di sini.
Akhbar itu akan diedarkan pada setiap Selasa, Rabu dan Khamis yang mempunyai keluaran Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) Utusan Malaysia untuk dimanfaatkan khususnya sebagai bahan bantu pengajaran dan pembelajaran.
Edaran itu melibatkan enam sekolah menengah dan rendah terpilih di Kedah serta masing-masing tiga buah di Perak, Pulau Pinang dan Perlis selama tiga bulan mulai September depan.
Penolong Pengurus GM Hotel Sdn. Bhd., Suhaila Osman berkata, sumbangan itu diharap dapat dimanfaatkan bagi meningkatkan pencapaian pelajar terutama menerusi sisipan khusus ADaP yang kandungannya cukup baik bagi membimbing pelajar menduduki peperiksaan.
Katanya, ia juga sebahagian galakan bagi membudayakan amalan membaca dalam kehidupan harian masyarakat.
“Selain itu, sumbangan ini merupakan salah satu pendekatan pihak kami dalam mempelbagaikan bentuk khidmat dan tanggungjawab sosial," katanya pada majlis penyerahan tajaan itu kepada Eksekutif Jualan Utusan Melayu (M) Berhad Kedah, Mohd. Abd. Latiff Yacob di hotel berkenaan, di sini hari ini.
Suhaila berkata, GM Hotel memilih Utusan Malaysia kerana akhbar itu bukan sahaja memaparkan cetusan dan perkembangan peristiwa tetapi sisipan di dalamnya yang menarik.
Wakil belia, penjaja jadi ahli majlis PBT - Exco
24,111 penderma darah di HPP tahun lalu
Econsave hulur sumbangan untuk pesakit lumpuh
JKJR yakin capai sasaran
RM500,000 diperuntuk bantu 50 peserta 1Azam Tani Pulau Pinang
70 pelajar ke IPT dibantu
Kakitangan WOU 'cemas' bangunan universiti terbakar
20 keluarga mangsa ribut dibantu
Lim Swee Bok dan Loo Bee Ooi dinobat Tokoh Belia Pulau Pinang
Pertubuhan Peladang Kawasan Bintong agih 10 spesies terbaik harumanis
YAS bantu 30,000 orang miskin
RM100j naik taraf bekalan elektrik
Tanah Orang Asli diceroboh
80 pelajar tingkatan enam terima dermasiswa Baiduri
Jalan Langgar perlu lampu isyarat
Koperasi Felcra Seberang Perak catat untung RM3.1 juta tahun lalu
Banjir lumpur hantui penduduk Kampung Suluk
Nikmati keindahan paya bakau
Indeks jenayah meningkat
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










