ARKIB : 14/08/2012
Dua geng samun, pecah rumah tumpas
IPOH 13 Ogos - Polis menumpaskan dua kumpulan samun dan pecah rumah yang dikenali sebagai Geng Sari dan Geng Kalmit setelah menahan lima lelaki dan empat wanita dalam beberapa serbuan di sekitar bandar ini pada Sabtu lalu.
Penangkapan lima ahli Geng Sari yang terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 30 hingga 56 tahun itu berjaya menyelesaikan sebanyak 11 kes samun dan pecah rumah di sekitar Ipoh sejak awal tahun ini.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, tangkapan pertama dilakukan di hadapan Restoran Nasi Kandar Khalifah, Pasir Putih pada pukul 12.15 tengah malam hasil maklumat orang awam.
Susulan tangkapan itu katanya, dua suspek ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Ara Payung, Batu Gajah sebelum tangkapan ketiga melibatkan seorang warga emas yang kesemuanya dipercayai ahli kumpulan tersebut.
“Modus operandi kumpulan ini adalah dua ahli wanita berpakaian sari akan mendekati mangsa terutamanya wanita bagi menawarkan pertolongan sebelum bertindak menyamun mereka," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh hari ini.
Menurutnya, tiga suspek lelaki kumpulan itu mempunyai rekod jenayah lampau dan kesemua mereka kini ditahan reman sehingga Khamis ini mengikut Seksyen 457 dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
“Kita kini sedang mengesan dua lagi ahli kumpulan yang merupakan isteri dan anak kepada salah seorang suspek yang telah melarikan diri semasa serbuan," katanya.
Sementara itu, Azisman berkata, Geng Kalmit yang dianggotai dua lelaki dan dua wanita berusia 24 hingga 34 tahun itu diberkas susulan tangkapan terhadap seorang wanita di sebuah rumah di Taman Lindungan Bulan, Pengkalan dekat sini pada pukul 9.45 pagi Sabtu lalu.
Katanya, tiga suspek lain yang berjaya meloloskan diri dari serbuan itu pula ditangkap tidak lama kemudian di hadapan sebuah rumah di Pengkalan Gate dekat sini.
“Kesemua suspek ini disahkan positif dadah dan mereka ditahan reman sehingga Rabu ini mengikut Seksyen 457 untuk siasatan," katanya.
Pasar tani wajah baharu
Tingkat mutu perkhidmatan
Karnival Kahwin-Kahwin, Pesta Makanan Tradisional Negeri Kedah 2013 kembali
Pejalan kaki penyumbang ketiga tertinggi kematian
Sokongan rakan bakar semangat guru OKU
Selesa berniaga di pasar baharu
Pemandu terselamat nahas treler
Ismail Saffian dilantik CEO Yayasan Bina Upaya
Ahmad Kamarudin berazam majukan destinasi pelancongan Perak
Mahdzir ajak penduduk perangi wabak denggi
Legasi jambatan kereta api tertua
Exco perlu lipat gandakan usaha
Pusat Khidmat, Aduan BN tetap dibuka
Fokus kepada amalan kebersihan
Peluang Melayu miliki hartanah RM70 juta di Bandar Meru Raya
Zabri mahu ubah wajah Trong
UniMAP bolot 10 pingat emas
61 perantis Vale jalani latihan di Brazil
Sesuai jadi lokasi utama berbasikal
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









