ARKIB : 10/08/2012
Tingkatkan hasil padi - Johari
KUBANG PASU 9 Ogos - Para petani di negeri ini diingatkan agar sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan hasil padi dan mengetepikan fahaman politik yang berbeza untuk kebaikan semua pihak.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd. Johari Baharom berkata, kebanyakan petani di negeri ini mementingkan politik berbanding mencari jalan untuk menyelesaikan masalah berkaitan sawah padi yang dialami mereka.
"Petani perlu tahu keutamaan mereka adalah untuk menanam padi dan membantu kerajaan meningkatkan hasil padi negara, bukan berpolitik dalam bidang pertanian.
"Saya cakap begini sebab ada petani yang apabila mereka tahu saya nak melawat sesuatu kawasan sawah, mereka akan pacakkan bendera parti pembangkang di tempat tersebut.
"Kalau dengan pacakkan bendera itu boleh selesaikan masalah padi mereka bagus, tapi cara itu tidak berkesanpun dan saya juga yang mereka cari," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan ke-37 di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Changlun di sini semalam.
Pada majlis itu juga seramai 60 orang anak yatim dan 30 peserta Azam Tani dari kawasan Kubang Pasu menerima sumbangan hari raya daripada PPK Changlun.
Menurutnya, beliau berharap para pesawah di negeri ini berubah sikap kerana berpolitik dalam bidang pertanian tidak membawa apa-apa keuntungan kepada mereka.
"Saya mahu semua pesawah bersatu dan ketepikan fahaman politik masing-masing agar masalah berkaitan sawah padi yang selalu mereka hadapi dapat diatasi," ujarnya.
Dalam pada itu, Mohd. Johari memberitahu ketua-ketua unit di setiap PPK perlu mempunyai satu senarai kerja yang berkaitan dengan padi di kawasan mereka pada setiap musim.
"Senarai ini penting kerana kita boleh tahu apa masalah padi yang terjadi pada musim tersebut dan boleh elakkan masalah yang sama berulang pada musim depan," jelasnya.
Kedah semak dasar perumahan
Tekad Zambry kepada rakyat Perak
Tiga bekas pendidik dipilih Tokoh Guru
MIC PP cari punca dua calon kalah PRU-13
MCA diminta selesaikan segera
Maklumat bocor jejaskan nelayan
Sukan bendang erat perpaduan
SAR, sekolah pondok diperkasa
Perkhidmatan bomba perlu baik untuk tarik pelabur - Raja Perlis
Lapor kepada Cake jika harga barang naik
Enam rekod diperbaharui
Kerja sebagai satu pasukan - MB
43 ditahan dalam Ops 6P di Tasek Gelugor, Bertam
35 anggota IPK Perak naik pangkat sarjan
Jurutera jadi penternak rusa
MBI sedia 1,204 petak bazar Ramadan
Perkukuh perpaduan majukan Kedah
Raja Muda Perlis mahu rakyat 'celik' media
Projek 'misteri' Bukit Gambir
Pasar tani wajah baharu
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









