ARKIB : 09/08/2012
832 kenderaan dicuri di K. Muda
SUNGAI PETANI 8 Ogos - Sebanyak 832 kes kecurian kenderaan dilaporkan berlaku di daerah ini sejak Januari sehingga Julai.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, daripada jumlah itu, polis berjaya menemui semula hanya 25 peratus manakala selebihnya belum dikesan.
Menurutnya, kes kecurian dikatakan meningkat ekoran kecuaian pemilik terutamanya motosikal apabila tuan punya kenderaan itu tidak mengambil langkah sewajarnya melindungi harta benda mereka.
"Walaupun kadar jenayah di daerah Kuala Muda tidaklah tinggi namun kes kecurian kenderaan menunjukkan peningkatan. Pada tahun 2010, sebanyak 1,475 kes dilaporkan melibatkan kecurian motokar, motosikal, van dan lori manakala tahun lalu, sebanyak 2,086 kes dicatatkan," katanya selepas merasmikan Kempen Cegah Kecurian Kenderaan di kompleks beli-belah Village Mall di sini semalam.
Hashim berkata, dalam kebanyakan kes kehilangan kenderaan, pemilik kenderaan hanya membuat laporan polis selepas tempoh melebihi 48 jam.
Katanya, laporan yang melebihi tempoh 48 jam menyukarkan siasatan kerana kenderaan yang dicuri itu berpotensi dilarikan pada jarak lebih jauh ataupun komponennya dileraikan sebelum dijual di pasaran gelap.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pemilik kenderaan mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memasang alat penggera dan kunci tambahan bagi mengelakkan kes kecurian.
RM500,000 diperuntuk bantu 50 peserta 1Azam Tani Pulau Pinang
70 pelajar ke IPT dibantu
Kakitangan WOU 'cemas' bangunan universiti terbakar
20 keluarga mangsa ribut dibantu
Lim Swee Bok dan Loo Bee Ooi dinobat Tokoh Belia Pulau Pinang
Pertubuhan Peladang Kawasan Bintong agih 10 spesies terbaik harumanis
YAS bantu 30,000 orang miskin
RM100j naik taraf bekalan elektrik
Tanah Orang Asli diceroboh
80 pelajar tingkatan enam terima dermasiswa Baiduri
Jalan Langgar perlu lampu isyarat
Koperasi Felcra Seberang Perak catat untung RM3.1 juta tahun lalu
Banjir lumpur hantui penduduk Kampung Suluk
Nikmati keindahan paya bakau
Indeks jenayah meningkat
Polis tahan dua lelaki, rampas 60 liter air ketum
Masalah sampah resahkan 25,000 penduduk
150 anggota, kakitangan polis derma darah di Hospital Baling
Bangunkan R&D akuakultur
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










