ARKIB : 08/08/2012
Masa depan gadis gelap akibat kemalangan
JERLUN 7 Ogos - Kemalangan jalan raya ngeri yang dialami lebih tiga bulan lalu, mengakibatkan seorang gadis, Emiza Karim kini terpaksa berkerusi roda akibat lumpuh sebelah badan.
Kecacatannya itu menyebabkan Emiza, 26, dari Kampung Pida 2 Baru, Jalan Sanglang di sini yang sebelum ini bekerja di stesen minyak di Arau, Perlis turut kehilangan pekerjaannya.
Bagi anak keempat daripada sembilan beradik ini, Aidilfitri yang bakal disambut umat Islam tidak lama lagi tidak memberi banyak makna memandangkan keadaan dia yang tidak lagi sempurna.
"Saya tiada perasaan sambut Syawal. Berasa sedih dengan kekurangan diri, namun saya reda dan menerima takdir Tuhan ini dengan sabar," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.
Tambahnya, persiapan dibuat bagi menyambut lebaran juga hanya ala kadar kerana dia sendiri pun terpaksa diurus anggota keluarganya.
Kemalangan yang menimpa Emiza pada 28 April lalu menyebabkan dia cedera di kepala dan anggota badan manakala adiknya cedera ringan.
Kejadian berlaku ketika dia dan Noremelia, 17, dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja apabila motosikal yang mereka tunggang dirempuh sebuah kereta di Guar Sanji, Perlis.
Emiza yang bekerja sejak berusia 19 tahun dengan pendapatan terakhir sekitar RM680, kini diuruskan ibunya, Salmah Abdullah, 51, yang merupakan ibu tunggal dan adiknya itu.
Selain Noremelia, Emiza turut mempunyai empat lagi adik berusia 13 hingga 23 tahun manakala dua kakak serta abangnya sudah berkahwin dan kini tinggal berasingan.
Kesedihan keluarga ini sedikit terubat apabila menerima kunjungan pegawai Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kedah dan 17 pelajar praktikal pada program Secebis Kasih Seindah Ramadan bagi menghulurkan bantuan berupa wang tunai dan barang keperluan harian.
Orang ramai yang ingin membantu Emiza boleh menghubunginya di talian 017-5507904.
Karnival Kraf Perlis bermula
Pondok durian penuhi impian tetamu hotel
BN mungkin kemuka petisyen
Golongan muda perlu bersatu - Mahadzir
Karnival kahwin, pesta makanan Kedah meriah
Kerajaan negeri pantau jeti Kuala Perlis
Agar lebih kondusif dengan realiti semasa
Kedah semak dasar perumahan
Tekad Zambry kepada rakyat Perak
Tiga bekas pendidik dipilih Tokoh Guru
MIC PP cari punca dua calon kalah PRU-13
MCA diminta selesaikan segera
Maklumat bocor jejaskan nelayan
Sukan bendang erat perpaduan
SAR, sekolah pondok diperkasa
Perkhidmatan bomba perlu baik untuk tarik pelabur - Raja Perlis
Lapor kepada Cake jika harga barang naik
Enam rekod diperbaharui
Kerja sebagai satu pasukan - MB
43 ditahan dalam Ops 6P di Tasek Gelugor, Bertam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









