ARKIB : 07/08/2012
Pasangan rayu bantuan rumah elak gelandangan
ALOR SETAR 6 Ogos - Sepasang suami isteri yang sebelum ini hidup gelandangan merayu agar diberikan sebuah rumah di perumahan rakyat miskin oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di Jalan Kuala Nerang dekat sini untuk mereka berteduh.
Ia merupakan impian Zainudin Zainon, 48, dan isterinya, Sazlina Salleh, 36, untuk menjalani ibadah puasa dan seterusnya menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah KEDA itu suatu hari nanti.
Zainudin yang bekerja sebagai pembantu kedai makan berkata, mereka sebelum ini hidup gelandangan beberapa bulan pada tahun lalu akibat tidak mampu membayar sewa rumah.
Bagaimanapun, mereka kemudian berjaya menyewa rumah di Pokok Sena tetapi kini bayaran sewa sudah tertunggak sejak April lalu dan disebabkan tidak mampu membayar sewa, pasangan ini terpaksa keluar dari rumah itu tidak lama lagi.
"Saya mahu mencari rumah sewa baru kerana diberi tempoh sehingga Hari Raya Aidilfitri ini oleh tuan rumah bagi mencari kediaman lain.
"Tetapi harapan kami ialah agar dapat menetap di rumah KEDA di Jalan Kuala Nerang," katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Kebun Jambu, Jalan Panchor dekat sini baru-baru ini.
Dia berkata, mereka pernah bergelandangan dengan menumpang tidur di Terminal Bas Shahab Perdana, stesen minyak dan Hospital Sultanah Bahiyah kerana tidak mampu membayar sewa bilik di Alor Setar.
Kehidupannya bertambah sukar apabila Sazlina pula didapati menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung hingga penglihatannya terjejas.
Zainudin yang tidak bekerja ketika ini kerana kedai makan ditutup semasa Ramadan berkata, pendapatannya sebelum ini hanya sekitar RM30 sehari tidak mampu untuk menanggung rawatan termasuk kos berulang-alik ke Hospital Sultanah Bahiyah bagi mendapatkan rawatan isterinya.
"Akibat penyakit itu, jari tengah isteri saya terpaksa dipotong pada Ogos 2011, selain menjalani dua pembedahan iaitu di kepala pada Mei lalu kerana bernanah dan pada Disember 2011 pula paha kiri kerana bisul," katanya.
Tambahnya, kos perubatan bulanan termasuk jarum insulin mencecah RM300 dan perbelanjaan itu ditampung menerusi bantuan bulanan Jabatan Zakat Negeri Kedah (JZNK) sebanyak RM400.
"Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang diuruskan dan berharap wang itu dapat menampung kehidupan harian," katanya.
Kedah semak dasar perumahan
Tekad Zambry kepada rakyat Perak
Tiga bekas pendidik dipilih Tokoh Guru
MIC PP cari punca dua calon kalah PRU-13
MCA diminta selesaikan segera
Maklumat bocor jejaskan nelayan
Sukan bendang erat perpaduan
SAR, sekolah pondok diperkasa
Perkhidmatan bomba perlu baik untuk tarik pelabur - Raja Perlis
Lapor kepada Cake jika harga barang naik
Enam rekod diperbaharui
Kerja sebagai satu pasukan - MB
43 ditahan dalam Ops 6P di Tasek Gelugor, Bertam
35 anggota IPK Perak naik pangkat sarjan
Jurutera jadi penternak rusa
MBI sedia 1,204 petak bazar Ramadan
Perkukuh perpaduan majukan Kedah
Raja Muda Perlis mahu rakyat 'celik' media
Projek 'misteri' Bukit Gambir
Pasar tani wajah baharu
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









