VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
UTARA

ARKIB : 05/08/2012

MB bawa 110 anak angkat beli baju raya

Zambry Abd. Kadir (kiri) dan Saripah Zulkifli (dua dari kanan) memilih pakaian raya untuk tiga anak angkatnya di sebuah pusat beli-belah di Ipoh, semalam.

IPOH 4 Ogos - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli hari ini membawa 110 anak angkat mereka membeli pakaian raya di sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini hari ini.

Kanak-kanak berkenaan merupakan pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan atau anak yatim yang terpilih menyertai program Anak Angkat Menteri Besar yang dikendalikan Yayasan Bina Upaya (YBU).

Walaupun jarang berjumpa, hubungan Zambry dengan anak-anak angkatnya kelihatan begitu akrab apabila pemimpin itu santai melayan kerenah mereka memilih baju raya sambil ditemani Saripah serta kakitangan YBU.

Riak kegembiraan pada wajah kanak-kanak terlibat lebih terserlah apabila Zambry dan Saripah turut menghulurkan elaun pelajaran serta duit raya bernilai RM150 setiap seorang.

Terdahulu dalam ucapan ringkasnya, Zambry berkata, keperitan hidup anak-anak angkatnya sering membuatnya menghimbau zaman persekolahannya sebagai anak nelayan yang serba kekurangan.

''Ketika itu hendak beli baju sekolah baru pun susah, warna baju yang putih menjadi kekuningan. Kadang-kadang zip seluar rosak, hanya guna pin sebagai ganti. Kehidupan masa itu memang susah.

''Kalau boleh, kita tidak mahu anak-anak kita melalui kesusahan seperti itu. Sama-sama kita bantu mereka mengecapi hidup yang lebih baik," katanya.

Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah YBUDR, Khairul Azwan Harun dan Ketua Pegawai Kewangan YBUDR, Hairul Anwar Mohamed Noor.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.