ARKIB : 03/08/2012
300 fakir miskin terima bantuan
BUKIT MERTAJAM 2 Ogos - Bagi meringankan beban golongan kurang berkemampuan di sekitar Permatang Pauh, seramai 300 fakir miskin menerima sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian daripada Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda).
Selain itu, seramai 75 anak yatim di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sekitar Parlimen itu iaitu Permatang Pasir, Seberang Jaya dan Penanti turut menerima sumbangan yang disampaikan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.
Abdul Jalil berkata, seramai 100 fakir miskin dan 25 anak yatim dipilih dari setiap kawasan DUN untuk menerima barangan keperluan dapur dan wang tunai itu.
"Sumbangan ini biarpun tidak seberapa tapi tanda keprihatinan Perda bagi meringankan beban mereka dalam menyambut Ramadan.
"Selain program ini, beberapa program bantuan Aidilfitri juga akan diadakan oleh UMNO bahagian ini kepada golongan yang memerlukan," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan bagi kawsan DUN Penanti di Tanah Liat, di sini semalam.
Tambah Abdul Jalil, pihaknya juga mengadakan beberapa majlis berbuka puasa dan bersahur bersama masyarakat bagi memeriahkan Ramadan tahun ini.
Selain itu katanya, semua lapisan masyarakat tidak dilupakan kerana selain penduduk setempat majlis berbuka puasa khas bagi belia turut diadakan.
Wakil belia, penjaja jadi ahli majlis PBT - Exco
24,111 penderma darah di HPP tahun lalu
Econsave hulur sumbangan untuk pesakit lumpuh
JKJR yakin capai sasaran
RM500,000 diperuntuk bantu 50 peserta 1Azam Tani Pulau Pinang
70 pelajar ke IPT dibantu
Kakitangan WOU 'cemas' bangunan universiti terbakar
20 keluarga mangsa ribut dibantu
Lim Swee Bok dan Loo Bee Ooi dinobat Tokoh Belia Pulau Pinang
Pertubuhan Peladang Kawasan Bintong agih 10 spesies terbaik harumanis
YAS bantu 30,000 orang miskin
RM100j naik taraf bekalan elektrik
Tanah Orang Asli diceroboh
80 pelajar tingkatan enam terima dermasiswa Baiduri
Jalan Langgar perlu lampu isyarat
Koperasi Felcra Seberang Perak catat untung RM3.1 juta tahun lalu
Banjir lumpur hantui penduduk Kampung Suluk
Nikmati keindahan paya bakau
Indeks jenayah meningkat
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










