ARKIB : 01/08/2012
7,035 terima dividen RM40juta
IPOH 31 Julai - Seramai 7,035 peserta Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersial (TSK) di negeri ini mendapat habuan duit raya apabila menerima dividen berjumlah RM40.19 juta daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan dan Korporat RISDA, Ahmad Sufi Alias berkata, pemberian dividen itu membabitkan 6,099 peserta TKS dan 963 peserta RTBB.
Menurutnya, pemberian tersebut membolehkan setiap peserta menerima purata keuntungan bagi satu ekar bernilai RM1,350 yang mana setiap mereka secara purata memiliki tiga ekar tanah dengan nilai dividen sebanyak RM4,050 seorang.
''Bagi program RTTB, RISDA telah membangunkan tanah seluas 1,134 hektar ladang getah dan kelapa sawit manakala 10,101 hektar pula bagi program TKS di negeri ini.
''Keadaan harga getah dan sawit yang baik berjaya menjana keuntungan bagi ladang-ladang ini iaitu bagi RTBB sebanyak RM5.6 juta pada tahun lalu hingga Jun tahun ini manakala TKS pula sebanyak RM34.58 juta bagi tempoh yang sama," katanya selepas majlis penyampaian dividen RTBB dan TSK Perak di sini hari ini.
Majlis yang dirasmikan Pengerusi Jawatakuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air negeri, Datuk Ramly Zahari itu turut dihadiri Pengarah RISDA negeri, Amran Jaafar dan Ketua Penolong Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Mohd. Hadi Sulaiman.
Pada majlis sama, anak syarikat RISDA, ESPEK Sdn. Bhd. mengeluarkan zakat perniagaan daripada keuntungan terkumpul RTBB bernilai RM456,726 kepada MAIPk dan sumbangan RM216,968 kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu.
Sementara itu seorang peserta, Sharifah Khalijah Habib Hashim, 65, dari Sungai Siput berkata, dividen yang diterimanya akan digunakan untuk perbelanjaan menyambut hari raya selain sebahagiannya disedekahkan kepada golongan memerlukan.
''Saya memang berniat apabila menerima duit ini sebahagiannya akan diberikan kepada masjid, anak-anak yatim dan sekolah tahfiz. Terima kasih kepada RISDA dan kerajaan atas pemberian dividen ini," katanya.
Bagi Mat Johor Jambi, 76, dari Kuala Kangsar pula menyifatkan pemberian dividen berkenaan merupakan hasil keprihatinan kerajaan memainkan peranan penting dalam menjamin masa depan peserta di bawah RISDA.
''Ini adalah rezeki dan saya akan menggunakannya secara berjimat. Sebenarnya pemberian dividen ini berbeza-beza antara peserta mengikut keluasan tanah masing-masing," ujarnya.
Kedah semak dasar perumahan
Tekad Zambry kepada rakyat Perak
Tiga bekas pendidik dipilih Tokoh Guru
MIC PP cari punca dua calon kalah PRU-13
MCA diminta selesaikan segera
Maklumat bocor jejaskan nelayan
Sukan bendang erat perpaduan
SAR, sekolah pondok diperkasa
Perkhidmatan bomba perlu baik untuk tarik pelabur - Raja Perlis
Lapor kepada Cake jika harga barang naik
Enam rekod diperbaharui
Kerja sebagai satu pasukan - MB
43 ditahan dalam Ops 6P di Tasek Gelugor, Bertam
35 anggota IPK Perak naik pangkat sarjan
Jurutera jadi penternak rusa
MBI sedia 1,204 petak bazar Ramadan
Perkukuh perpaduan majukan Kedah
Raja Muda Perlis mahu rakyat 'celik' media
Projek 'misteri' Bukit Gambir
Pasar tani wajah baharu
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









