ARKIB : 31/07/2012
Sedih raya tanpa kaki
KUBANG PASU 30 Julai - Seorang penoreh getah dari Kampung Kota Mengkuang, Wang Tepus di sini buat pertama kalinya akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa kaki kanan yang terpaksa dipotong akibat penyakit kencing manis.
Suaid Mat Kasa, 54, hilang kaki kanan dari paras betis akibat jangkitan kuman dan terpaksa menjalani pembedahan pada 28 Jun lalu.
Katanya, dia menitiskan air mata apabila dimaklumkan oleh doktor Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bahawa jangkitan kuman itu semakin merebak dan bagi mengelak ia bertambah serius kaki itu perlu dipotong.
"Saya sedih, namun terpaksa menerima takdir Tuhan. Sebelum ini mampu bergerak dengan bebas tetapi kini pergerakan terbatas," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.
Suaid menerima kunjungan Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Zulfitri Yaacob serta Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Kubang Pasu, Saad Yob.
Dalam kunjungan itu Suaid menerima sumbangan kerusi roda dan barangan keperluan harian.
Menurut Suaid, tanggungjawab menyara keluarga terpaksa diambil alih isteri, Rogayah Ahmad, 54, dengan menoreh getah menerusi pendapatan yang tidak menentu iaitu sekitar RM400 sebulan.
Sementara itu Zulfitri memberitahu, pejabat Ahli Parlimen Kubang Pasu akan membantu menguruskan kad orang kurang upaya (OKU) untuk Suaid dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Pihak kami juga akan menghulurkan bantuan bagi membiayai pembelian kaki palsu untuk Suaid," katanya.
Perkhidmatan bomba perlu baik untuk tarik pelabur - Raja Perlis
Lapor kepada Cake jika harga barang naik
Enam rekod diperbaharui
Kerja sebagai satu pasukan - MB
43 ditahan dalam Ops 6P di Tasek Gelugor, Bertam
35 anggota IPK Perak naik pangkat sarjan
Jurutera jadi penternak rusa
MBI sedia 1,204 petak bazar Ramadan
Perkukuh perpaduan majukan Kedah
Raja Muda Perlis mahu rakyat 'celik' media
Projek 'misteri' Bukit Gambir
Pasar tani wajah baharu
Tingkat mutu perkhidmatan
Karnival Kahwin-Kahwin, Pesta Makanan Tradisional Negeri Kedah 2013 kembali
Pejalan kaki penyumbang ketiga tertinggi kematian
Sokongan rakan bakar semangat guru OKU
Selesa berniaga di pasar baharu
Pemandu terselamat nahas treler
Ismail Saffian dilantik CEO Yayasan Bina Upaya
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









