VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
UTARA

ARKIB : 29/07/2012

Aleesya Amalia perlu bantuan

NOR Aainy Kamal Bashah menunjukkan salah satu daripada telinga Aleesya Amalia Norhaid yang perlu menjalani pembedahan implan koklear di Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak, Ipoh, semalam. - MINGGUAN/AZLI ADLAN

IPOH 28 Julai - Seorang ibu merayu bantuan orang ramai bagi menampung pembiayaan kos pembedahan implan koklear sebanyak RM77,000 untuk anak keduanya, Aleesya Amalia Norhaid, 3, yang menghadapi masalah pendengaran di kedua-dua belah telinganya.

Nor Aainy Kamal Bashah, 33, seorang kerani di salah sebuah hospital swasta di sini berkata, anaknya disahkan cacat pendengaran 'sensori neural' oleh Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan perlu menjalani pembedahan dengan segera.

"Doktor mencadangkan supaya pembedahan seperti ini seelok-eloknya dibuat sebelum kanak-kanak berumur tiga tahun. Anak saya baru sahaja genap usia tersebut pada pertengahan bulan ini dan doktor minta ia tidak ditangguhkan sekiranya wang sudah mencukupi.

"Ketika ini, saya hanya dapat mengumpul sumbangan dari Hospital Pakar KPJ sebanyak RM10,000. Suami saya tidak lagi bekerja kerana sakit sejak dua tahun lalu," katanya.

Dia berkata demikian pada sidang akhbar yang diadakan di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Urus Setianya, Mohd. Rawi Abdullah.

Dalam pada itu, Nor Aainy berkata, anaknya yang menjalani terapi audiologi dan pertuturan kira-kira dua kali sebulan di HUKM juga bergantung kepada dua alat bantuan pendengaran ketika ini.

Dia berkata, salah satu daripada alatan tersebut yang dipakai di sebelah telinga anaknya itu dipinjamkan oleh sebuah hospital di sini sejak Mei tahun lalu.

"Harga sebuah alat bantuan pendengaran itu juga mahal iaitu dalam lingkungan RM2,000. Saya hanya mampu membeli untuk kegunaan sebelah telinga anak saya sahaja, itu pun dengan meminjam duit daripada kakak," katanya yang berpendapatan RM1,600 sebulan.

Nor Aainy berkata, dia hanya menyedari anaknya itu tidak dapat mendengar pada usia lapan bulan setelah Aleesya Amalia tidak memberi sebarang respons apabila bunyi radio dipasang dengan kuat.

Katanya, dia membawa anaknya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada Ogos 2010 iaitu setelah dirujuk oleh Hospital Pakar KPJ Ipoh, bagaimanapun hanya berpeluang melakukan ujian pendengaran tersebut pada April 2011.

"Saya membawa surat rujukan Hospital Pakar KPJ ke HUKM pada bulan Oktober tahun lalu selepas tiada rawatan susulan di HRPB. Di sana, anak saya terus menjalani ujian imbasan resonan bermagnet (MRI) dan terapi pertuturan.

"Alhamdulillah, selepas itu, dia ada respons bila mendengar sebarang pertuturan. Saya cuma berharap anak saya apabila besar nanti dapat dimasukkan ke sekolah biasa," katanya yang turut mengakui Aleesya Amalia juga sukar mengimbangkan badannya ekoran masalah pendengaran yang dihadapinya.

Bagi sesiapa yang bersimpati untuk menghulurkan bantuan boleh memasukkan wang ke akaun CIMB Bank Berhad miliknya di nombor 0803-0061795-52-8.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.