ARKIB : 28/07/2012
RM2j bina blok baru SJKT Subramaniya Barathee
PULAU PINANG 27 Julai - Kerajaan menyalurkan lebih RM2 juta bagi membina sebuah blok baru empat tingkat untuk menempatkan semula murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Subramaniya Barathee, Gelugor dekat sini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk G. Palaniviel berkata, tapak baru sekolah tersebut terletak di Bukit Gambir iaitu kira-kira lima kilometer dari situ.
"Ketika ini terdapat lebih 200 murid menggunakan bangunan lama di sini yang berkeadaan agak daif dan kurang selamat.
"Oleh itu, wujud keperluan untuk kerajaan memindahkan mereka ke tempat baru yang lebih selesa bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran," katanya kepada pemberita selepas melawat sekolah berkenaan di sini hari ini.
Sekolah itu wujud sejak 60 tahun lalu di atas tanah milik koperasi dan hanya mempunyai satu blok bangunan satu tingkat dan sebuah bangsal yang diubahsuai menjadi kantin.
Lebih menyedihkan sekolah itu tidak mempunyai padang permainan dan tidak berpagar serta terletak di belakang rumah kedai.
Ekoran pertambahan murid, pengurusan sekolah mengambil inisiatif membina "tingkat atas" menggunakan kayu bagi mewujudkan kelas baru pada 1996.
Sementara itu, guru besar sekolah berkenaan, D. Nathan berkata, beliau bersama 221 murid, 15 guru dan lima kakitangan sokongan dijangka berpindah ke bangunan baru dalam tempoh 14 hingga 16 bulan lagi.
Perkhidmatan bomba perlu baik untuk tarik pelabur - Raja Perlis
Lapor kepada Cake jika harga barang naik
Enam rekod diperbaharui
Kerja sebagai satu pasukan - MB
43 ditahan dalam Ops 6P di Tasek Gelugor, Bertam
35 anggota IPK Perak naik pangkat sarjan
Jurutera jadi penternak rusa
MBI sedia 1,204 petak bazar Ramadan
Perkukuh perpaduan majukan Kedah
Raja Muda Perlis mahu rakyat 'celik' media
Projek 'misteri' Bukit Gambir
Pasar tani wajah baharu
Tingkat mutu perkhidmatan
Karnival Kahwin-Kahwin, Pesta Makanan Tradisional Negeri Kedah 2013 kembali
Pejalan kaki penyumbang ketiga tertinggi kematian
Sokongan rakan bakar semangat guru OKU
Selesa berniaga di pasar baharu
Pemandu terselamat nahas treler
Ismail Saffian dilantik CEO Yayasan Bina Upaya
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









