ARKIB : 23/07/2012
Islam murid SJKC dimantap
BALING 22 Julai - Para pelajar Islam di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) boleh menjadi duta memberi penerangan secara berhemah tentang akidah Islam kepada pelajar bukan Islam.
Penyelia Kanan dan Akidah Islam Jabatan Pendidikan Islam Kedah, Ahmad Putra Zainal Abidin berkata, ia boleh dilakukan selepas pelajar terbabit tamat menghadiri kem pemantapan akidah yang bertujuan membantu mereka melatih minda dan memantapkan akidah masing-masing.
"Kem ini bertujuan melatih diri pelajar Muslim supaya meningkatkan kematangan dalam akidah serta membantu pelajar lain dan menjadi duta di sekolah dalam soal akidah," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menutup Kem Pemantapan Akidah Muslim Pelajar SJKC Daerah Baling dan Sik di Dewan Keda, Kemangi Resort di sini baru-baru ini.
Seramai 60 pelajar Islam dari lapan SJKC di negeri ini menyertai kem selama dua hari bermula semalam itu dengan seorang pelajar tahun lima SJKC Seng Yok Kupang, Adam Syamil Azman dipilih sebagai peserta terbaik program tersebut.
Hadir sama, Penyelia Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Baling/Sik, Mohd. Yusoff Abdullah.
Tambahnya, selain memantapkan akidah para pelajar terbabit, kem itu juga dapat membantu dan menyedarkan mereka tentang kewajipan berdakwah terhadap masyarakat Islam dan agama lain secara berhemah.
Dalam pada itu, beliau berkata, hasil program tersebut menunjukkan bahawa pelajar terbabit mula memahami konsep pemantapan akidah menerusi aktiviti-aktiviti dikendalikan oleh fasilitator yang terdiri daripada para pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
"Ia turut menekan soal syahadah, dosa, pahala, jejak insan dan beberapa lagi modul ke arah pembentukan sifat diri mereka," katanya.
Maklumat bocor jejaskan nelayan
Sukan bendang erat perpaduan
SAR, sekolah pondok diperkasa
Perkhidmatan bomba perlu baik untuk tarik pelabur - Raja Perlis
Lapor kepada Cake jika harga barang naik
Enam rekod diperbaharui
Kerja sebagai satu pasukan - MB
43 ditahan dalam Ops 6P di Tasek Gelugor, Bertam
35 anggota IPK Perak naik pangkat sarjan
Jurutera jadi penternak rusa
MBI sedia 1,204 petak bazar Ramadan
Perkukuh perpaduan majukan Kedah
Raja Muda Perlis mahu rakyat 'celik' media
Projek 'misteri' Bukit Gambir
Pasar tani wajah baharu
Tingkat mutu perkhidmatan
Karnival Kahwin-Kahwin, Pesta Makanan Tradisional Negeri Kedah 2013 kembali
Pejalan kaki penyumbang ketiga tertinggi kematian
Sokongan rakan bakar semangat guru OKU
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









