VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
UTARA

ARKIB : 15/05/2012

Kemalangan maut di tempat kerja meningkat

BUKIT MERTAJAM 14 Mei - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) memandang serius peningkatan kadar kemalangan maut di tempat kerja serta melibatkan pekerja berulang alik ketika pergi atau pulang bekerja.

Berdasarkan statistik, kadar kemalangan maut tertinggi dicatatkan adalah pada 2005 dengan 1,449 kematian manakala tahun lalu seramai 1,254 orang maut berbanding 1,004 pada 2000.

Lebih membimbangkan, ia berlaku meskipun kadar nahas menurun hampir 40 peratus iaitu 95,024 pada 2000 kepada 59,897 kes tahun lalu.

Pengarah JKKP negeri, Mohd. Anuar Embi berkata, pihaknya sentiasa menjalankan pelbagai program bagi menangani kes kemalangan di tempat kerja, namun statistiknya masih tinggi.

Menurutnya, pelbagai faktor luaran dilihat menyumbang kepada peningkatan itu seperti trafik, keadaan jalan raya, selain masalah teknikal melibatkan kenderaan yang dinaiki pekerja iaitu 76 peratus kemalangan membabitkan penunggang motosikal.

"Biarpun kita dapat mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja, namun JKKP amat bimbang dengan kadar kemalangan maut di tempat kerja serta ketika pekerja berulang-alik ke tempat kerja.

"Perkara itu bukan sahaja merunsingkan industri kerana kehilangan tenaga kerja mahir, malah meningkatkan juga jumlah tuntutan di Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau sebelum itu merasmikan Persidangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Pusat Konvensyen Sunway, Seberang Jaya di sini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.