VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
TIMUR

ARKIB : 15/11/2013

Sekolah luar bandar cemerlang

Zahari Daud (kanan) menyampaikan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah kepada murid Sekolah Kebangsaan Bekelam di Bachok, semalam.

KOTA BHARU 14 Nov. - Sekolah-sekolah luar bandar berjaya melonjakkan pencapaian cemerlang negeri Kelantan dalam keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 sehingga mencatat Gred Purata Negeri (GPN) sebanyak 2.16 mengatasi peringkat nasional iaitu 2.27.

Timbalan Pengarah Pendidikan Kelantan, Zahari Daud berkata, sebanyak enam daripada 10 sekolah terbaik di negeri ini adalah daripada sekolah luar bandar dan pedalaman yang mana tiga sekolah yang menduduki kedudukan teratas adalah dari daerah Bachok.

Zahari berkata, tiga sekolah terbaik itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Bekelam dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.36; SK Jelawat 2 (1.41) dan SK Bachok (1.42).

Jelasnya, kedudukan itu diikuti oleh SK Zainab 2 (1.43) dan SK Kubang Kerian 3 (1.43) dari Kota Bharu manakala tempat keenam SK Bukit Panau, Tanah Merah (1.44) dan ketujuh SK Penggu, Pasir Mas (1.45).

Katanya, tempat kelapan dan kesembilan pula disandang dua lagi wakil Kota Bharu iaitu SK Zainab 1 (1.48) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) Tengku Amalin A'ishah Putri (1.48) dan diikuti SK Pangkal Wak Man, Machang (1.50).

"Secara keseluruhannya Kelantan mencatat GPN sebanyak 2.16 meningkat 0.02 mata berbanding 2.18 tahun lalu sekali gus mengatasi Gred Purata Nasional yang mencatat 2.27.

"Sebanyak 4,703 calon atau 14.41 peratus daripada 32,632 calon yang menduduki UPSR tahun ini memperoleh semua A iaitu peningkatan sebanyak 0.3 peratus.

"Antara faktor kejayaan adalah keupayaan kita memastikan dasar penempatan guru mengikut opsyen dan bilangan terutama guru Bahasa Inggeris di semua sekolah sama ada bandar atau luar bandar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Majlis Pengumuman Keputusan UPSR 2013 di Bilik Gerakan Jabatan Pendidikan Negeri di sini hari ini.

Zahari berkata, sekolah kategori luar bandar turut memonopoli keputusan cemerlang semua A apabila tujuh daripada 10 sekolah negeri ini dengan peratus tertinggi adalah dari sekolah luar bandar.

Dalam masa sama, katanya, dua lagi sekolah luar bandar iaitu SK Chabang 3 Chetok, Pasir Mas dan SK Biak, Kuala Krai pula mencatat kelulusan 100 peratus apabila 27 dan 18 calonnya lulus penuh dalam peperiksaan itu.

"Kami amat menghargai sokongan semua pihak dalam membangunkan pendidikan negeri ini terutama kepimpinan Kerajaan Pusat yang diwakili Datuk Seri Mustapa Mohamed serta pemimpin peringkat daerah yang tidak putus memberi sumbangan dari sudut fizikal, kewangan dan motivasi.

"Kesungguhan para pentadbir sekolah menjadi inspirasi kepada para guru seterusnya menarik penglibatan ibu bapa untuk memberi kesedaran kepada anak-anak mereka," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.