VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Ogos 2014 / 4 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
TIMUR

ARKIB : 06/11/2013

Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin berbakti di Kemboja

Rombongan dari UniSZA bergambar bersama pelajar Dubai Islamic School ketika melawat sekolah berkenaan sempena program Misi Kemanusiaan di Phnom Penh, Kemboja, baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU 5 Nov. - Misi Kemanusiaan ke Kemboja kelolaan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) baru-baru ini bukan sekadar menyumbang di segi material malahan sokongan moral dan bimbingan keagamaan untuk dimanfaatkan penduduk Islam di sana.

Disertai 30 mahasiswa, program tanggungjawab sosial global itu merupakan hasil kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2012/2013, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Alumni (HEPA) universiti itu dan Teluk Ketapang Homestay, Kuala Terengganu.

Rombongan peserta terdiri daripada ahli MPP, Majlis Kolej Kediaman dan Yang Dipertua Kelab, Persatuan dan Sekretariat terpilih diiringi dua pegawai HEPA telah menjadikan Kampung Masjid Batu 9, Kemboja sebagai pusat operasi bagi program selama seminggu itu.

Pengarah Program merangkap Exco Kebajikan dan Pembangunan Pelajar MPP UniSZA, Muhammad Nursyazwan Zainudin berkata, program itu memberi peluang kepada mahasiswa untuk berbakti kepada masyarakat antarabangsa terutama di negara Islam yang masih dibelenggu cengkaman kemiskinan seperti Kemboja.

Menurutnya, selain membimbing penduduk menunaikan solat dengan cara yang betul, peserta juga dapat mendidik diri supaya bermuhasabah dan bersyukur dengan nikmat sebagai rakyat Malaysia.

Selain menuntut ilmu, jelasnya, mahasiswa juga berperanan memberi sumbangan mereka dalam aspek yang bersesuaian demi membantu usaha membangunkan negara.

Dalam pada itu, kata Muhammad Nursyazwan, sumbangan wang tunai hampir RM6,000, bahan makanan asas serta kelengkapan harian berjaya dikumpul oleh mahasiswa, kakitangan universiti, orang perseorangan dan badan korporat untuk diserahkan kepada penduduk kampung berkenaan.

Sementara itu, sumbangan berjumlah RM1, 870 turut diberikan kepada Dubai Islamic School yang menjadi gedung ilmu kepada pelajar Islam berusia lima hingga 18 tahun.

"Sempena sambutan Aidiladha pula, kami mengadakan program Ibadah Korban dan Akikah di Kampung Chanang, selain Kampung Masjid Batu 9 dalam wilayah Phnom Penh," katanya.

Tambahnya, sembilan ekor lembu hasil sumbangan komuniti UniSZA, badan korporat dan orang ramai dikorbankan sebelum diagihkan kepada kira-kira 400 fakir miskin dan daripada jumlah itu, 300 orang turut menerima sumbangan beras.

Bagi Timbalan Mufti Kemboja, Muhammad Daud Kassim berkata, program berkenaan membantu meringankan beban masyarakat Islam Kemboja yang merupakan golongan minoriti di negara itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:26
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.