VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Ogos 2014 / 3 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
TIMUR

ARKIB : 27/08/2013

Saari tanding Ketua UMNO Rantau Panjang

RANTAU PANJANG 26 Ogos - Kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum yang lalu, mendorong Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Saari Mat Hussin (gambar) menawarkan diri bertanding merebut jawatan Ketua UMNO bahagian dalam pemilihan parti Oktober ini.

Saari berkata, keputusan tersebut dibuat bagi membolehkan parti merangka strategi lebih menyeluruh menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Katanya, pelbagai pendekatan perlu diambil bagi memenangi hati rakyat menjelang pilihan raya itu kerana perbezaaan suasana yang berlaku akhir-akhir ini.

"Perjuangan UMNO perlu diteruskan supaya matlamat penubuhannya terus relevan dalam menghadapi semua keadaan pada masa hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui dalam Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Taman Cobra, Chabang Empat Salam, di sini semalam.

Menurut Saari, beliau menjawat jawatan Timbalan Ketua UMNO bahagian sejak 2008 dan sebelum itu merupakan Naib Ketua Bahagian dari 2004 hingga 2008.

Beliau juga pernah menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO bahagian dari 1995 hingga 2004.

Berbekalkan pengalaman lebih 18 tahun dalam politik, Saari beranggapan mampu meneruskan perjuangan UMNO membela kepentingan rakyat terutama masyarakat di Rantau Panjang.

"Saya berharap mendapat sokongan padu ahli semasa mesyuarat pemilihan nanti," katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO bahagian, Rohani Mamat yang dikatakan bakal mempertahankan jawatan tersebut berkata, beliau tidak mempunyai masalah sekiranya ada pihak yang mahu mencabarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.