VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
TIMUR

ARKIB : 24/06/2013

RM12.4 juta taja pelajar Terengganu ke Rusia

AHMAD Said dan Toh Puan Norliza Mahmud (tengah) bersama para penerima tawaran biasiswa di Hotel Primula, Kuala Terengganu, Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 23 Jun - Kerajaan negeri menerusi Yayasan Terengganu (YT) membelanjakan hampir RM12.4 juta bagi menaja seramai 231 pelajar anak negeri ini untuk mengikuti kursus perubatan di Rusia pada tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kesemua pelajar ditaja selama tempoh pengajian mereka iaitu enam tahun antaranya di Volgograd State Medical University, Russian National Research Medical University dan I.M Sechenov First Moscow State Medical University.

Katanya, beliau berharap dengan usaha kerajaan negeri menyediakan kemudahan berkenaan, para pelajar dapat memanfaatkan peluang tersebut dengan memperoleh keputusan cemerlang sekali gus dapat menyumbang semula kepada negeri ini.

"Kira-kira 70 peratus pelajar anak negeri ini yang mengikuti pengajian perubatan di Rusia adalah pelajar perempuan dan saya harap apabila mereka tamat belajar nanti, dapat berkhidmat di hospital di negara mahupun negeri ini.

"Ini kerana, menjadi hasrat kita mahu menyediakan hospital pertama yang menawarkan rawatan doktor wanita kepada pesakit wanita dan doktor lelaki untuk pesakit lelaki, jadi, dengan program ini kita harap impian itu dapat dicapai tidak lama lagi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Tawaran Biasiswa Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Program Berkembar (United Kingdom) dan Kejuruteraan (Jerman) serta Penyampaian Wang Pendahuluan Kepada Pelajar Perubatan Tajaan YT Ke Rusia Sesi 2013/2014 di Hotel Primula dekat sini semalam.

Yang turut hadir sama, isteri Menteri Besar, Toh Puan Norliza Mahmud, Pengarah YT, Zakaria Yusof dan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib.

Pada majlis itu, seramai 41 orang pelajar perubatan YT ke Rusia Sesi 2013/2014 menerima wang pendahuluan diri selama enam bulan sebanyak RM17,503 setiap seorang merangkumi elaun sara hidup, penempatan, buku, alat perkakas dan pakaian panas.

Turut dirai, seramai empat pelajar cemerlang yang menjadi penerima kali pertama Biasiswa Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin manakala lima pelajar Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Program Berkembar (United Kingdom) dan lapan pelajar lagi di bawah Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Kejuruteraan Automatif (Jerman).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.