VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TIMUR

ARKIB : 22/06/2013

Maik peruntuk RM28 juta bantu pelajar sambung pengajian

KOTA BHARU 21 Jun - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) memperuntukkan sebanyak RM28 juta wang zakat untuk diagihkan kepada pelajar daripada golongan asnaf yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi tahun ini.

Timbalan Yang Dipertua Maik, Datuk Kamaruddin Mohd. Zin berkata, pelajar terbabit telah melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dan sarjana muda.

Menurut beliau, pelajar peringkat diploma menerima bantuan sebanyak RM1,700 manakala sarjana muda RM2,500 secara 'one-off.'

Katanya, sejak awal Januari lalu, seramai 6,600 pelajar peringkat diploma dan sarjana muda telah menerima agihan bantuan tersebut.

"Sebanyak RM14.4 juta daripada peruntukan ini lebih diagihkan kepada pelajar berkenaan dan jumlahnya meningkat dari semasa ke semasa.

"Harapan kami agar bantuan ini akan mengurangkan beban kewangan pelajar terbabit ketika di universiti," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini semalam.

Kamaruddin berharap, sumbangan itu mampu menyuntik semangat pelajar berkenaan untuk belajar dengan lebih gigih, sehingga mengharumkan nama baik keluarga dan negeri.

Beliau memberitahu, pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian dan ingin memohon bantuan tersebut, masih boleh berbuat demikian secara dalam talian melalui laman web Maik iaitu www.e-maik.my.

"Perkhidmatan tersebut bagi kemudahan para pelajar tanpa perlu beratur di kaunter untuk mendapatkan borang," ujarnya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.