VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TIMUR

ARKIB : 20/05/2013

Rumah peninggalan pedagang dibuka 2016

Mohd. Yusof Abdullah (kiri) meninjau sekitar Pameran Inovasi dan Kreativiti Tradisional 2013 di Kompleks Muzium Negeri Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 19 Mei - Rumah tradisional Terengganu peninggalan seorang pedagang Melayu di Losong Haji Su di sini yang dibeli oleh Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT) dijangka dibuka kepada orang ramai selewat-lewatnya pada 2016.

Pengarah LMNT, Mohd. Yusof Abdullah berkata, rumah usang yang dibeli dengan harga kira-kira RM3 juta pada 2011 itu bagi mempertahankan warisan silam masih lagi dalam kerja-kerja pemuliharaan.

"Ini kerana rumah yang dibina dalam tahun 1850-an itu memerlukan kerja-kerja pemuliharaan yang teliti untuk memastikan dapat dikekal sebagaimana bentuk asal dan bertahan lebih lama.

"Rumah tersebut yang sebahagian besarnya diperbuat daripada kayu cengal merupakan satu hasil seni ketukangan Melayu yang unik dan perlu dikekalkan untuk tatapan generasi masa kini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Inovasi dan Kreativiti Tradisional 2013 di Kompleks Muzium negeri di sini, pagi ini.

Menurut Mohd. Yusof, kawasan tersebut akan menjadi tumpuan ramai pada masa akan datang kerana Kampung Losong sendiri pada masa ini terkenal dengan perusahaan keropok lekor.

Malah, katanya, jika rumah tradisional itu siap dibaiki sepenuhnya, pelbagai aktiviti juga turut dirancang di kawasan berkenaan.

Sementara itu, mengenai pameran tersebut, Yusof berkata, langkah pihak muzium mengadakan pameran tersebut bagi mendedahkan kepada generasi muda tentang pemikiran masyarakat silam dalam membentuk dan mencorak bahan keperluan mereka.

"Kita pamerkan kepada mereka semua tahap keilmuan atau tahap keintelektualan leluhur kita ini agar mereka sentiasa menjadi manusia yang faham sejarah serta celik budaya," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.