VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TIMUR

ARKIB : 01/04/2013

Warga emas miskin terima Bantuan Kar1sma RM300 sebulan

PASIR PUTEH 31 Mac - Setelah sekian lama menanggung derita akibat kemiskinan hidup, akhirnya sepasang warga emas mendapat pembelaan sewajarnya daripada Kerajaan Pusat.

Pasangan itu, Salleh Yaakub, 73, dan Patimah Umat, 68, dari Kampung Padang Pak Omar, Selising di sini, menarik nafas lega setelah mendapat pembelaan menerusi bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mulai hari ini, mereka menerima bantuan orang tua RM300 sebulan yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Puteh, Zulkifle Ali.

Bantuan itu diagih buat pasangan terlibat setelah JKM mendapati mereka layak memperolehinya menerusi Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Bantuan Karisma).

Zulkifle memberitahu, Bantuan Karisma itu antara lain bertujuan memastikan warga emas tersebut tidak terpinggir dalam masyarakat akibat kemiskinan dan faktor kesihatan.

Katanya, ketiga-tiga anak pasangan itu yang mempunyai anak ramai tidak mampu menyara hidup ibu bapa kerana mereka sendiri tergolong dalam kumpulan miskin tegar.

"Salleh dan Patimah yang uzur tidak mempunyai pendapatan tetap. Mereka juga tidak mampu bekerja kerana faktor kesihatan," ujar Zulkifle.

Beliau memberitahu, Bantuan Karisma yang diagihkan itu adalah sebahagian daripada RM1.2 juta yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi bantuan warga emas, bantuan kanak-kanak, elaun pekerja cacat (orang kurang upaya) dan bantuan pesakit kronik.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.