VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
TIMUR

ARKIB : 14/03/2013

Wakaf Mempelam perlu berubah

KUALA TERENGGANU 13 Mac - Sejak lebih 30 tahun yang lalu, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam yang terletak di pinggir pusat bandar raya kekal dikuasai Pas dan seolah-olah sukar untuk digugat.

Ketika beberapa kawasan lain yang juga dikatakan mempunyai pengaruh parti itu yang kuat dapat dikembalikan kepada UMNO atau silih bertukar tangan dengan majoriti kemenangan yang kecil, Wakaf Mempelam dianggap kawasan selesa untuk pembangkang.

Ada yang menyifatkan kesukaran UMNO untuk menang selama ini kerana calon-calon yang ditonjolkan lebih kepada pilihan parti dan sukar untuk menambat hati rakyat; jentera parti yang lemah dan peranan jentera kerajaan di akar umbi yang tidak menyeluruh sentuhannya kepada rakyat.

Namun sepenggal yang lalu, suasana dalam parti sudah berubah dengan nafas baharu yang menyegarkan manakala sudah wujud kesedaran lebih luas bahawa wakil rakyat yang dipilih tidak harus sekadar petah berceramah dan kelihatan mesra di majlis kenduri.

Mereka makin membandingkan dengan peranan para pemimpin UMNO yang jelas memberikan tumpuan dalam aspek pembelaan nasib penduduk sehingga kepada persoalan remeh-temeh, mengisi peranan wakil rakyat sebenar dan mulai menyedari kemampuan Barisan Nasional (BN) membawa perubahan lebih besar.

Seorang penduduk, Husin Mohd. Noor, 47, berkata, senario semasa kini sudah berubah, malah masyarakat semakin bersikap terbuka dan bukan lagi sokongan melulu.

Hal ini kerana katanya, mereka semakin dapat menilai baik buruknya kesan sokongan yang diberikan.

“Saya percaya senario politik ketika ini dan dengan calon pilihan masyarakat, tidak mustahil BN akan kembali menawan hati pengundi di sini. Hal ini kerana kalangan Pas sendiri mula mempersoalkan pendirian pemimpin parti terutama dalam soal Islam.

Beliau yang merupakan Presiden Gabungan Generasi Melayu Terengganu (Geng) berkata, mereka tentunya mengharapkan sesuatu yang lebih baik untuk kehidupan mereka dan tidak lagi mengharapkan perpecahan dalam masyarakat.

“Berbanding Pas yang lebih 30 tahun memerintah di kawasan ini, saya tak nampak sebarang perubahan yang dibawa selain hasil inisiatif kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN).

“Tambah mengecewakan, wakil rakyat juga jarang turun padang. Seingat saya, hanya beberapa kali saya berjumpa dengan beliau iaitu ketika ada kematian atau kenduri kahwin sahaja," ujarnya.

DUN Wakaf Mempelam dalam Parlimen Kuala Terengganu meliputi 34 buah kampung dalam mukim Wakaf Beruas, Seberang Baruh, Merbau Patah, Kuala Bekah, Sungai Rengas, Kampung Paloh, Pulau Rsa, Losong Datok Amar, Losong Panglima Perang dan Losong Haji Mat Shafie yang umumnya merupakan kawasan penempatan tradisional.

Kelihatan tidak banyak berubah kecuali menjadi semakin sesak sejajar dengan pertambahan penduduk, kesan limpahan perkembangan bandar raya.

Sementara itu, Pegawai Pembangunan DUN Wakaf Mempelam, Wan Mahyudin Wan Ngah yakin masyarakat setempat akan membantu membawa perubahan melalui Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

“Bagi saya tidak ada apa yang mustahil. Yang penting kita perlu sentiasa bekerja seiring untuk memenangi hati rakyat jika ingin menguasai semula DUN ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Wan Mahyudin berkata, sentimen agama yang dimainkan pembangkang antara penyebab utama yang menyukarkan BN untuk kembali menawan hati pengundi di kawasan itu selama.

“Ini berlaku kerana kurangnya pendedahan tetapi rakyat sudah jelas kini Pas bukan lagi memperjuangkan negara Islam yang dijadikan asas untuk menarik sokongan tetapi negara berkebajikan kerana tunduk kepada parti lain dalam pakatan pembangkang.

“Pada saya tidak ada apa langsung (pembangunan) yang dibuat mereka (Pas) sampai ke hari ini dan tiada kebajikan juga untuk rakyat.

“Wakil rakyat di sini sebenarnya langsung tidak menyumbang ke arah kemajuan kawasan ini walaupun pernah menjadi anggota Exco kerajaan (ketika Pas memerintah pada tahun 1999 hingga 2004)," katanya.

Jelas Wan Mahyudin, berbanding Pas, BN langsung tidak pernah mengabaikan kebajikan serta keperluan rakyat di situ dan mengambil peranan itu sebagai satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Buktinya beliau berkata, ialah penubuhan Klinik 1Malaysia (K1M) KP Perdana, Kubang Parit, tahun lepas yang bertujuan memberikan kemudahan kepada penduduk untuk mendapatkan rawatan kesihatan.

KP Perdana atau Kubang Parit Perdana itu sendiri merupakan salah satu projek milik kerajaan negeri ketika ini yang dikendalikan oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).

Sekarang pembangunan kawasan itu berada dalam fasa empat dan akan memasuki fasa lima. Ini merangkumi pembinaan rumah mesra rakyat dibina setinggi lima tingkat yang kini telah siap dan akan diserahkan kepada pemiliknya tidak lama lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.